Tema : Warga Emas
Kedudukan Imam Muda pada minggu yang kelapan :
1. Imam Muda Fakhrul
2. Imam Muda Nazrul
3. Imam Muda Hassan
4. Imam Muda Azlan
5. Imam Muda Amar
Tugasan Mingguan :
Pada minggu yang kesembilan ini. Para imam muda menerima tugasan untuk bersama sama menyelami persaan warga emas yang terlantar di Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Baru. Pada permulaan medan Imam Muda, imam muda fakhrul dan imam Muda Hassan mengalunkan ayat ayat suci Alquran dan bebricara mengenai kehidupan di hari tua.
Murshid menjawab pertanyaan Imam Muda Hassan mengenai pendekatan terbaik semasa bersama warga emas ini yang mana imam Muda berfungsi sebagai anak kepada warga emas ini. Maka, senanglah para imam Muda menyelami perasaan warga emas ini apabila mereka mengganggap Imam Muda seperti anak mereka sendiri.
Maka, setiap seorang imam Muda menerima seorang ayah angkat yang berlainan latar belakang hidup mereka. Imam Muda memberi hadiah kepada setiap warga emas yang menghuni di rumah Ehsan sambil diselangi panggilan AYAH dan senyuman. Dan jelas terpancar riak kegembiraan di wajah mereka untuk hadiah dan panggilan tersebut.
Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :
Imam Muda Amar menerima ayah angkat yang berasal dari kota Bharu. Ayah angkat nya merupakan seorang graduan daripada Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Malang nya, ayah angkatnya jatuh sakit dan terlantar di rumah orang tua pada waktu kini.
aManakala, Imam Muda Azlan bersama sama dengan ayah angkatnya membaca ayat ayat suci al Quran. Kemudiannya, doa dibacakan oleh ayah angkatnya memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat bagi dirinya,Azlan dan kaum muslimin. Ayah angkat Azlan merupakan seorang yang ceria dan suka bercerita tapi sering mengelak jika ditanyakan mengenai keluarganya.
Imam Muda fakhrul menerima ayah angkat yang berasal dari Melaka, Ayah angkatnya menyatakan bahawa dia seronok berada di rumah Ehsan kerana mempunyai ramai kawan walhal matanya mempunyai seribu satu makna yang mana dia berasa sedih kerana anaknya sudah lama tidak menjenguknya.
Ayah angkat Imam Muda Nazrul merupakan seorang yang ceria dan amat suka berkaraoke. Tapi malangnya, ayah angkat nya ditimpa kemlangan dan ayah angkat nya mengakui ia berpunca dari kelalaian nya sendiri dan asyik kepada hiburan semata mata.
Manakala, Imam Muda Hassan menerima ayah angkat yang telah diabaikan oleh keluarganya.Anaknya hampir setahun tidak menejnguk ayahnya di Rumah Ehsan. Imam Muda Hassan menyeru kepada semua anak anak agar menghargai ibu bapa semasa mereka masih hidup kerana kita kan berasa bernilai nya akan ibu bapa kita tika mereka sudah tiada nanti.
Hujah di medan Imam Muda
Medan imam Muda pada kali ini telah diacarakan oleh Fahrin Ahmad yang menggantikan ustaz Dzul yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ternyata, fahrin ahmad bijak mengacarakan medan Imam Muda dan merupakan salah seorang pengganti yang sesuai.
Imam Muda Amar menjelaskan pendekatan terbaik untuk menyelami warga emas iaitu melalui kaunseling interpersonal yang mana pembelajaran dari face to face. Nasihatilah mereka supaya bersabar dan berdakwah kepada mereka.
Imam Muda Azlan menggunakan 1 dari 3 pendekatan kaunseling interpersonal iaitu pendekatan cognitive. Maka tumpuan pemikiran akan mempengaruhi emosi, perasaan dan tingkah laku. Maka, warga emas akan lebih selesa dengan Imam Muda dan akan menceritakan segala galanya kepada Imam Muda dari aspek kesedihan mahupun keceriaan hidup mereka.
Imam Muda Nazrul membaca petikan al Quran dalam Surah Al Isra ayat 23, yang mana beliau menegaskan seorang anak tidak boleh berkat AH kepaada kedua ibu bapa mereka, inikan pula menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Lagi derhakalah anak tersebut kepada ibu bapa mereka. Imam Muda nazrul menyeru kepada anak anak yang menghantar ibu bapa mereka di rumah orang tua supaya mengambil balik ibu bapa mereka dan berbakti kepada kedua dua mereka selagi mereka masih hidup.
Imam Muda Hassan berhujah yang mana konsep bersyukur kepada ibu bapa iaitu sentiasa mengasihi dan menyayangi serta menghormati mereka. Beliau menambah, kadang kadang Allah memberi apa yang kita tidak mahu dan Allla tidak memberi apa yang kita mahu. Dan, ada hikmah disebaliknya.
Imam Muda Fakhrul menghuraikan akan maksud ayat 23 surah al isra yang mana selepas Allah mengarahkan jangan menyembah selain Allah, Allah terus mengrahkan berbakti kepada ibu bapa. Maka, hendaklah anak membuat baik kepada ibu bapa dari semua aspek. Ini kerana, ada kaitan antara ibadah dengan berbuat baik kepada ibu bapa.
Soalan imam Muda
1. Apakah kewajipan solat kepada orang tua yang uzur ?
- Wajib menunaikan solat mengikut kemampuan.
2. Adakah orang yang tua yang nyanyuk wajib bersolat?
- Tidak wajib ketika dia berada dalam keadaan nyanyuk.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan taubat ?
- Taubat bermaksud meninggalkan dosa. Ia merupakan cara terbaik bagi seseorang memohon kemaafan atasa kesalahan yang telah ia mengaku kesalahannya.
4. Nyatakan 3 ciri cirri taubat nasuha.
- Penyesalan atas dosa yang telah lalu
- Mengganti semula malan fardhu yang telah ditinggalkan.
- Berazam untuk tidak mengulangu kesalahan.
Pengakhiran medan imam Muda
Pada pengakhiran Imam Muda, dua Imam Muda yang berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir pada minggu hadapan setelah dinilai dari segi peperiksaan teori dan praktikal adalah
Tahniah kepada kedua dua imam muda ini. Andalah Imam mUda yang kami cari. Manakala, Imam Muda fakhrul, Amar dan Azlan menamatkan perjlaanan mereka pada peringkat minggu kesembilan.
IMAM MUDA HASSSAN
IMAM MUDA NAZRUL.
Tahniah kepada kedua dua imam muda ini. Andalah Imam mUda yang kami cari. Manakala, Imam Muda fakhrul, Amar dan Azlan menamatkan perjlaanan mereka pada peringkat minggu kesembilan.
Kedudukan imam Muda pada minggu ini adalah :
- Imam Muda Hassan
- Imam Muda Nazrul
- Imam Muda Amar
- . Imam muda Fakhrul
- Imam Muda Azlan
Resolusi Imam Muda
· Menggesa kepada anak anak supaya mengambbil tanggungjawab menjaga ibu bapanya ketika usia tua.
· Menggesa kepada ibu bapa menjalankan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak supaya mengenang jasa mereka apabila menjelang usia tua.
· Masyarakat seharusnya lebih menghargai warga emas kerana banyaknya sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan Negara.
· Masyarakat tidak seharusnya menyisihkan warga emas
1 comment:
semuanya layak untuk bergelar imam muda..bezanya rezeki dan tuah mereka utk menempatkan diri di tempat pertama imam muda..
Post a Comment