tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, June 29, 2011

TIPS NAK JADi KAYA DALAM DUNIA

Salam,
ada lagi 20 minit nak berbuka puase ;)
dan ada 2 hari lagi Imam Muda bakal ke final..cewah.
bukan nak cerita tu sekarang ni..cuma, ..
pada 27 Rejab ..ada nombor bertuah untuk kita semua..
nak tahu?
antara 10 hadiah lumayan bila kita dapat mengejar nombor bertuah ni adalah..

1. memupuk kemanisan iman
2. mencegah korang dari melakukan dosa
3. membantu korang untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir nanti 
4. membantu korang menggunakan dengan baik segala pinjaman daripada majikan kita?
tak lain tak bukan...Allah azzawajala..
5. mengelakkan korang dari terjebak kepada KEMUNGKARAN
6. Menambahkan KEKAYAAN dalam HARTA korang untuk dibawa lepas MATI.
7. Menambah NUR di wajah korang,
8. DIPERMUDAHKAN mendapat tiket masuk ke syurga..
9. Korang TAK TAKUT kalau ada ULAR bila dalam kubur nanti..
10. Korang dapat SPOTLIGHT SPECIAL bila dalam kubur nanti..


ni bukan NGANGKUNG eyh..
ni sejak azali,, nombor ni telah diberikan....


ok..aye berbesar hati nak bagitahu nombornya...
tak payah beli, cuma perlu IKHLAS je. senang kan?


ni nombornya...korang boleh hubungi tiap saat tiap masa dalam 5 WAKTU..
>>>> 24434
amacam? cantik nombornya kan?
so, ada 5 WAKTU kita boleh direct kepada PEMILIK nombor ni..


1. SUBUH
2. ZOHOR
3. ASAR
4. MAGHRIB
5. ISYAK


peh..JANGAN LEPASKAN PELUANG ni ok..
takde TARIKH TUTUP..cuma TARIKH TUTUPNYA tak dapat nak ditentukan..
ianya bergantung kepada KADAR HAYAT PERNAFASAN KORANG yer..


Terma dan Syarat

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:

"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."

Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:

1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.

3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.

4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.
 pesanan penaja :
1. Nombor ini tidak menggunakan perkhidmata prabayar atau kredit.
2. Segala kos ditanggung sehingga akhir hayat bagi mereka yang ikhlas.
3. Rugi giler kalau tak rebut. 
4. Peluang hanya sekali.
Sekian, Terima Kasih ;)  
-ISRAK MIKRAJ tm-


 

No comments: