tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, July 16, 2011

Si anak ikan yang degil

     
         Dalam satu sungai terdapat beberapa kumpulan ikan. Yang sentiasa bermain di celahan batu. Ada yang alim ada yang nakal. Dalam banyak-banyak ikan itu, berlaku lah perbincangan di kalangan mereka. Ikan yang alim dengan rasa sayang kepada rakannya yang lain memulakan sembang kedai kopinya.

“Saksikanlah ikan-ikan sekalian. Di darat terdapat manusia. Mereka akan memperdayakan kita. Apabila kamu terlihat sebarang cacing ataupun umpan yang ada bersama di atasnya tali, maka tinggalkanlah. Kerana di dalam umpan tersebut ada mata kail. Hancur robek bibir kamu jika memakannya. Apabila kita memakan umpan tersebut, ditariknya kita dengan kuat sekali. Kemudian kita akan diangkat dan dipegang kuat oleh tangan manusia. Dibuangnya mata kail dari bibir kita sehingga robek bibir kita. Dibiarkan kita sesak nafas kita tanpa setitis air. Kemudian kita akan dipotong ekor, bibir, sisik. Insang kita akan ditarik keluar dengan rakus oleh manusia. Perut kita akan dibuang begitu sahaja.

            Kemudian kita akan di masukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Sehingga kering segala isi dan tulang kita. Dan akhirnya kita akan dimakan satu persatu anggota badan kita oleh manusia di bumi. Ingatlah pesananku kepadamu tentang bahayanya makhluk di bumi sana kepada kita.” Pesan ikan yang alim kepada ikan yang lain.


            Walaupun ikan disitu semuanya setiap hari mendengar amaran tersebut, namun ramai di kalangan ikan yang memandang ringan pesanan ikan yang alim. Bagi mereka, tidak mungkin mereka tertipu dengan umpan manusia. Mereka beranggapan amaran itu hanya sekadar mainan. Lalu ada sebahagian ikan yang termakan umpan mata kail yang telah diletakkan oleh manusia. 

Ikan yang termakan umpan tadi, tidak mungkin kembali semula ke dalam sungai. Yang ada hanyalah penyesalan. Walaupun ikan yang ditarik pancing itu sentiasa menjerit-jerit memberitahu rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dengan umpan manusia. Namun, ikan-ikan yang lain langsung tidak mengambil iktibar dari kematian rakan mereka.

            Begitulah perumpamaannya seorang manusia. Apabila datang peringatan dari Allah dan para pendakwahnya, mengingatkan tentang kehidupan selepas kematian. Saat pedih diambil nyawa ketika sakaratul maut. Dihimpit di dalam kubur sehingga bersilang tulang rusuk kita. Dicincang dan di makan ulat. Di bakar dengan panasnya api neraka dan berbagai-bagai lagi seksaan yang tidak tergambar akal manusia.

            Namun ramai di kalangan manusia yang enggan. Yang alpa dan leka. Akhirnya mereka tergoda dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. Jadilah manusia umpama ikan. Yang sentiasa terlupa wajah Sang umpan.
***************

p/s:carilah ilmu sebanyak mungkin..kerana ilmu itu takkan pernah cukup untuk kita.
sabda Rasullullah, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
semakin banyak ilmu digali, semakin kita beriman kepada Allah..
 bapa ikan yang menasihatkan tu memang bagus..berwaspada pada dunia yang mencabar ini..
sentiasa bergantung pada Allah s.w.t..

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

dulu masa zaman sekolah rendah ckgu saya pernah cerita pasal nie juga...
nice entry..smoga menjadi pedoman buat kt smua..

fzamazlan said...

betul3. dulu masa dengar cerita pasal ikan, kitorang geli hati..tapi sekrang..betul2 menusuk hati ;)