tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, July 03, 2011

Si skema yang menulis diari di buku latihan..

"Huh..ni diari zaman bila ni?", lantas aku menyelak muka surat demi muka surat..
oh..tahun 2003 hingga 2004..
dan akhirnya,.aku duduk bersila dan tergelak sendirian bagai kena sampuk dek kerana membaca kenangan indah hasil tulisan seorang budak kecik iaitu aku.

Salam semua.,
 disamping mengadap lappy ke netbook, ada tak lagi yang menjalankan kegiatan menulis diari dalam buku?
mesti ada antara korang dulu pernah layan diari kan..
diari ni dah macam bakul pun ada..ada je nak letak ke dalam diari tu.

Tadi, baru je..buka buku2 lama..kurun sebelum naik tingkatan 1..
hihi..membaca luahan hati sendiri..kelakaq2..
macam-macam je aye si budak kecik yang innocent bercerita.
dan apa yang telah aye tulis tu..banyak bagi kenangan..dan tanpa disedari, banyak juga mengajar erti hidup ni..almaklum.dak skola rendah punye ayat..

Zaman kreatif dan inovasi ni...semua orang mengadap blog..
tapi..aye ngaku...masih mengamalkan amalan tradisional dengan mencatat segala benda yang  terfikir, terus ke buku tebal ku...
bukan buku kecik tau..buku tebal..buku ni ku usung ke sana ke mari.
heh..walaupun dah ada blog, tapi,..diari ni masih jugak aye nak tulis.
heheh.kadang kat diari la..proses pengeraman cerita sebelum aye tulis dalam blog.


menulis diari..still sweet kan? diari lebih selamat tapi, kalau letak rerata...dan amat personal pulak benda tu..sila amik perhatian..tu je..
yang nak bahayes tu..kalau dah cerita luahan perasaan 360 darjah..kite bako je la...tak yah disimpan-simpan..tapi, kalau yang pahit dan maniss tu..simpan, buat pengajaran.
cuma, sekarang, bila dah ngadap blog..diari letak tepi kejap..
tapi,..bila idea yang tiba-tiba ada dan muncul..situasi setak membolehkan aye untuk mengadap lappy mahupun ipad(sbb benda ni xde, hehe),,
buku juga menjadi tempat aye catatkan semua.
mungkin bila dah advance sikit, kita just pakai ipad kan..

dan menulis diari ni, banyak juga membantu. terutamanya dalam proses berfikir.
kita fikir mana yang perlu disebarluas kat blog, dan mana satu yang bersifat peribadi..
lagi satu, ia agak bagus untuk menulis tatkala sedih aka down. menulis pun ibarat sedang berdoa..tumpuan tu amat mudah dirasakan.

tapi, ada pendapat katanya.. , semua orang mesti ada diari. Kalau tak ada buku diari pun, buku latihan sekolah tu pun boleh dibuat diari. Diari ni, bukannya tulis...."Oh, hari ni aku dikecewakan"..., dan...lain-lain lagi.... tapi tulis apa yang kita buat sepanjang hari, apa kebaikan dan keburukan yang kita buat hari ni, barulah boleh muhasabah diri balik. Dan bila dah tahun depan, buku diari tahun ni, jangan buang....simpan.... boleh tengok-tengok balik apa yang kita buat dahulu supaya tahun depan lebih baik dari tahun ini..

ha..? kan..


heh.. tetiba terfikir pasal nih..tadi singgah Popular, terserempak dengan novel ni..habis. tergelak sorang-sorang kat belakang tuh..sambil diperhatikan orang kedai tu,bila baca sinopsis belakangnya..
Buku 1: Diari Mat Despatch


“Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang atau bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu” JADI TOLONGLAH JANGAN BACA –Baharuddin Bekri
* Dapatkan buku ini secara Online di Kedai-Buku.com
Buku 2: Diari Mat Despatch-Lelaki Baik

“Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sainds sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini, aku menulis diari kerana merasakan menulis diari bolleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik” – Bagaimanakan lelaki itu dikatakan lelaki baik? – Baharuddin Bekri

tak dapat nak selindung lagi, aye nak dapatkan novel ni. papkal je poket tak muat nak amik duit..(walaupun..)

p/s: hanya orang skema yang baju di dalam beserta rambut disikat tepi sahaja yang menulis diari
~ayat tak menahan daripada novel ini...


3 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

saya dah lama tak tulis diari..diari saya dulu pun skema jugak...siap ade lukisan lagi..huhuhu..:)

Faratira said...

Fiza, ada yang ketiga tau, diari mat despatch ni. Nanti cari kat kedai buku, tau. Hehe

Irfa said...

salam kenal dr saya..

sesat kesini masa tengah gugel psl imam muda :-)