tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, November 15, 2012

Doa Apabila Ditimpa Musibah

SALAM MAAL HIJRAH 1434H, hari ni 1 Muharam untuk hari pertama dalam kalender Islam.
Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar...semoga amalan yang kita jalankan sepanjang hidup kita sebelum ini dicatatkan sebagai amalan yang diterima Allah.
Semalam , dan kelmarin saya bercuti di rumah. Petang nanti akan pulang ke UTHM semula. 
Syukur semalam dapat membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Di masjid jamek Kluang, usai solat maghrib sesi ceramah berlangsung. Seorang penulis yang bernama Ustaz Umar Muhamad Nor telah menyampaikan ceramah. Ustaz telah berkongsi suatu amalan yang kala hati rasa resah dengan musibah..
lafazkan doa yang dibaca oleh baginda Nabi SAW ketika ditimpa musibah. Semoga mendapat manfaatnya ('',)

 HR. Abu Dawud 3/190, dan lihat Shahihul Jami’


 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ


خَيْرًا مِنْهَا 


"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. Doa istirja’ ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu  Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik” (HR Muslim 2/632).

Salah satu hikmah musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, adalah sebagai penghapus dosa-dosa -selain dosa syirik-, supaya kelak ia menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.


Agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik, Allah Ta’ala memberikan tuntunan dalam surat Al-Baqarah 156-157: “Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan: “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan shalawat (pujian) dan rahmah.

............................................

Salam Maal Hijrah 1434 :)

Tuesday, October 02, 2012

Puisi hari ke 30: Janji Hari Pertama Saat Kaki Ku Jejakkan


# Janji Hari Pertama Saat Kaki Ku Jejakkan 



hari pertama kaki ku dijejakkan
ke universiti himpunan ilmuan..
tekad sudah mula ku pasang..
takkan ku sia-siakan peluang
yang terbentang memberi ruang..

melihat kiri dan kanan..
biarpun ku rasakan asing,.
langkah tetap ku teruskan..

hari ini ku kenal ramai rakan..
yang lain dari episod hidupku
moga mereka bersamaku sepanjang perjalanan..

Hari pertama ketika itu,
ku berjanji pada Tuhan..
hanya pada-Nya ku serahkan perjalanan
takkan ku lepaskan pautan.,.

Hari pertama ketika itu,
ku berjanji pada kedua insan kesayangan..
ijazah kejayaan akan ku genggam
dan tidak ku lupakan ijazah iman
pabila keluar dari universiti perjuangan..

Hari pertama ketika itu, 
senyuman tidak lekang..
keterujaan jelas kelihatan,.
Namun, hanya Tuhan,..
mengerti betapa aku benar-benar kerisauan..

moga janji bukan sekadar omongan..
Wahai Tuhan, berilah daku bimbingan..
mengutip ilmu yang Kau izinkan..
jangan biar diri ini diserahkan..
pada diri yang penuh kelemahan,,



kerana janji hari pertama itu masih ingin ku sematkan
meski untuk selamanya sepanjang perjuangan..
kerana cita tertinggi setiap insan..
adalah menuju syurga abadi dibawah redha-Mu Tuhan 

#hari ini 1 Oktober 2012. Genap 30 hari aku bergelar mahasiswa di UTHM. Kepenatan dan kesukaran..memang satu rencah kehidupan sepanjang berada di sini.
Tekad..ku teruskan...berjalanlah tanpa henti , hafizah . insya-Allah..you'll find your way! :)







Thursday, August 09, 2012

Puisi Utusan Jawi- Ketika Kau Masih Sanggup


Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan teruskan berjuang !
Puisi karya Noor Hafizah Mazlan..ehem.hehe. setelah lama tak menukilkan puisi, akhirnya jadi juga..alhamdullillah




Utusan Jawi, 25 Jun 2012


Lautan dalam,
tidak mampu diduga,
kau di situ meniti hidup,
dalam selautan garam,
tidak mampu menyentuh,
memasinkan mu,
selama mana kau masih sanggup
untuk terus berenang,
kau masih segar menapis segala.
Kala kau tidak lagi berenang,
tiada lagi kau bertahan,
secubit garam ditabur,
kala kau terdampar kaku,
kemasinan memakan diri,
ketika kau tidak lagi berenang berlari.

10 januari 2012
Kluang,Johor
  

Pernah aye menonton Halaqah bertajuk Ikan Di Air Masin. Tajuk yang ringkas, tapi signifikan.
Tadi baru goreng ikan, terfikir analogi ni. Ikan yang masih hidup dalam air, apakah ikan tu masin? Air laut yang masin tu kalau kita terminum, pasti kita akan mudah dan cepat haus. Ataupun kita termuntah. punyalah masin. Tapi, Allah jadikan ikan sebagai makhluk laut yang hidup dalam keadaan yang baik walaupun dalam air laut yang masin.
Kehidupan ikan dalam laut yang masin, langsung tak memasinkan daging ikan tu sendiri. Tetap juga tawar. Cuba kita rasa daging ikan tu, memang tiada rasa masin langsung. Walhal, ikan tu memang sebati dengan air laut. 
Tapi, yang menjadi persoalannya, ketika kita nak menggoreng ikan tentunya kita meletakkan secubit garam, kan? Dan, cuba rasa ikan tu...mestilah masin kan?

Ye.,itulah dia..ikan yang tidak bernyawa mudah je masin apabila hanya secubit garam je diletakkan. Sedangkan sewaktu ikan tu hidup dalam air laut yang cukup masin tu tidak pernah memasinkan ikan tu. Subhanallah kan?

'ikan' yang 'hidup' sentiasa ceria!
Tapi, ini bukan sekadar cerita ikan je..tapi all about human sebenarnya.
Bulan Ramadhan ni bulan tarbiah atau sebagai intensif untuk mengharungi lagi 11 bulan mendatang.
Jadi, boleh dianalogikan kisah ikan ni sebagai orang yang masih punya hati dan iman yang hidup. Walau apa jua keadaan sekelilingnya yang tidak baik tidak akan boleh mempengaruhi dia . 
Bak kata Prof Muhaya, seorang yang hidup in to out, hidupnya lebih jelas akan tujuannya iaitu tujuan hidup kita adalah menuju Akhirat yang pasti.

Boleh dikatakan ikan yang hidup dalam air laut yang masin ini sebagai orang yang celik mata hati. Apabila, hati dan iman itu sudah tiada lagi atau sense of concious ni hilang, jadilah seperti ikan yang dah mati, letak secubit garam je..habis masin ikan tersebut.

Sungguhlah, bulan Ramadhan,.bulan tarbiah cinta daripada Allah. Apakah mampu tarbiah sepanjang Ramadhan ni kita apply dalam solat, kerja seharian, hati dan iman kita? 

11 bulan yang mendatang menjadi pengukur jua penyebab bulan Ramadhan dianugerahkan kepada kita.

Kedatangan Ramadhan itu bagaikan tetamu yang kita cinta, datangnya dinanti..perginya ditangisi..dan sungguhlah..kita menghargai tetamu itu kerana apa? kerana Allah.
Jadi, 10 Ramadhan terakhir ni peluang masih diberikan kepada kita..kita masih hidup hari ini,.tanyalah iman kita? nak keluar dari bulan Ramadhan in as a pure person atau...orang yang masih tak diampuni dosanya?

Jadilah ikan yang sanggup berenang dan berenang walaupun keadaan sekelilingnya masin..tapi, masih tidak mampu memasinkannya..Tetapi, apabila nyawa ikan sudah tiada ibaratnya  manusia yang sudah hilang hati dan iman..apa sahaja yang berlaku disekelilingnya sentiasa membinasakan dia..

Allahu Rabbi, jadilah kita seperti ikan dalam air yang apabila keluar daripada air, tak cukup nafas dan lemas. Itulah orang beriman yang sentiasa merebut pahala ibadah,.dan takkan pernah senang kalau tak buat perkara-perkara wajib dan sunat yang mendekatkan dirinya dengan Allah dan Rasul-Nya sepanjang hari. Berdoalah semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ketaatan. Semoga Allah redha akankita dunia dan akhirat.

Meskipun Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tapi,.kita tetap seorang hamba kepada Allah. Sembahlah Allah bukan Ramadhan. Ubudiyyah kepadanya itulah tujuan kita diciptakan.

Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan tu. insyaAllah. 
Wassalam  ^_^ 

20 Ramadhan 1433H



 

Sunday, July 29, 2012

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Assalamualaikum wbt. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Rasullullah SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.
Sebelum itu, salam Ramadhan Al-Mubarak. Saya baca buku ni sebelum bulan ramadhan, dan baru berkesempatan untuk buat sedikit ulasan . Walaupun bukan keseluruhan cerita saya nak sentuh, tapi saya nak lontarkan sedikit demi sedikit pengajaran daripada novel karya Buya Hamka ni.
Alhamdullillah. Habis satu lagi buku. Dan bertambahlah lagi ilmu. Dan, bak kata hukama, semakin banyak buku yang aku baca semakin haus diriku akan ilmu.
Buku yang menjadi tatapan untuk dua hari ini adalah novel karya Profesor Dr. Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Buku yang saya baca ni, adalah edisi asal dan menggunakan bahasa Indonesia ejaan lama. Tapi, bila dah mula masuk dengan ceritanya, masalah ejaan tu akhirnya tak menjadi sebuah masalah sebab ianya menambahkan lagi suasana lama. Ha, sebab latarbelakang cerita ni pun sekitar 60-70an rasanya.
Antara adat dan agama. Begitu kuat adat Minangkabau yang ada pada ketika itu sehingga akhirnya mengorbankan cinta dua insan. Ya, ia memang mengorbankan.
Kisah seorang anak muda dari Mengkasar  iaitu Zainuddin. Zainuddin, bagi saya  wataknya benar-benar banyak bermain perasaan, Luahan perasaan yang cukup mendalam dalam setiap bait surat yang dituliskan kepada Hayati, wanita yang dicintainya. Cinta terakhir Zainuddin.
Zainuddin diceritakan sebagai seorang yang sebatang kara. Pengarang memulakan cerita dalam cerita berkenaan bapa Zainuddin iaitu Pendekar Sutan. Pendekar Sutan merupakan anak jati dari kampung Minangkabau. Walaubagaimanapun, dia dihalau atas pertuduhan yang sengaja diletakkan ke atas bahunya. Atas pertistiwa itu, bapanya dibuang dari kampung halamannya sendiri dan dipenjarakan selama 15 tahun. Apabila keluar dari penjara, Pendekar Sutan berhijrah ke Mengkasar dan berkahwin di sana. Beliau menemui sinar hidayah di sana, hidupnya menjadi lebih baik dari sebelum ini hasil bimbingan daripada keluarga isterinya. Meskipun begitu, isterinya , Habibah meninggal beberapa bulan selepas melahirkan Zainuddin. Zainuddin menjadi yatim piatu pula ketika umurnya masih kanak-kanak iaitu selepas bapanya pula meninggal dunia Selepas ketiadaan kedua orang tuanya, Zainuddin tinggal bersama Mak Bese..
Zainuddin, kehadirannya di Mengkasar dikatakan anak pedagang dari Minangkabau. Lalu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Minangkabau untuk mencari sanak-saudaranya di sana. Dia mencari seribu harapan agar dia tidak merasakan keseorangan. Dan, ketika dia meninggalkan mak Bese itu, alangkah baik kalau dia tidak pergi.  Namun, apabila sampai di negeri Minangkabau itu, tidaklah semanis yang diharapkan apabila orang di situ juga menganggap dia hanya sekadar pendatang meskipun dia adalah anak Pendekar Sutan yang merupakan anak jati Minangkabau.
Dan, sebab musabab kedatangan dia bredagang ke Minangkabau itu adalah untuk bertemu dengan Hayati. –wanita yang menjadi sandaran hatinya.
Biar saya buka sikit apa yang saya dapat dalam cerita ini..mungkin tatapan anak muda untuk bercinta,.itu yang ingin disampaikan pengarang.
1.      Adat yang benar-benar membataskan kehidupan. Menurut adat Minangkabau, kekuatannya adalah bersandarkan dari sebelah ibu.Ibulah yang memiliki kekuatan dari sudut keturunan yang kuat. Malah, harta yang banyak dan keturunan bangsawan itu adalah golongan paling mulia. Zainuddin dipinggirkan kerana dia tidak memiliki bako (susur galur yang kuat pada sebelah ibu).
2.      Kasih Zainuddin pada Hayati sangat terserlah dalam setiap bait suratnya,.
Pengarang mengatakan , dia bukan mudah untuk meluahkan dalam kata-kata, hanya tulisan dapat mengatakan segalanya.
-Surat itu bukan diperbuat daripada tulisan tangan, tapi daripada jiwa!
 3. Bangkit selepas patah hati. Patah hati, jangan punahkan mimpi. Itulah yang dirasai oleh seorang yang patah hati. Fikiran-fikiran jahat sentiasa menguasai diri. Saya nak petik kata pengarang ~ Bukanlah putus asa itu sifat seorang yang masih hidup. Kerana yang berputus asa itu adalah sifat orang yang sudah mati. Dan, Zainuddin membuktikannya.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

4. Kisah percintaan dalam novel ni masih dibatasi dengan keagamaan. Zainuddin merupakan seorang yang berusaha menuntut ilmu. Itu yang bagusnya novel seperti ini. Anda yang sudah baca, pasti memahaminya.
5. Saya suka bab Jiwa Pengarang.  Saya berusaha mendalami perasaan dan jiwa Zainudin yang menulis dengan sepenuh hati sambil menumpahkan pengalaman langsung lewat karyanya.
Rasanya ini bukan ulasan. Hanya sekadar perkongsian apabila sudah tamat membaca. Macam-macam yang berlegar dalam fikiran. Sadis ataupun tak pada akhirnya? Macam biasa, saya akan cakap..hanya yang menghayati akan rasa sampai ke hati!

Wednesday, July 18, 2012

Hijab Kekasih

"Ya Allah, kurniakan aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu, serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu. Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang ...untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu.

air mata mengiringi sujudnya tatkala keheningan malam itu. Cinta seorang sufi, ALLAH dan RASUL sentiasa menjadi pujaan hatinya walau apa jua ujian menimpa.

 

Hijab Kekasih,.

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

............................
ku menanti Ramadhan, kerana di situ Rahmat kasih ILAHI menebar seluas saujana mata memandang. .

Tuesday, July 17, 2012

Takdir memilihku ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 Takdir penentu segala. Dan setelah menanti dengan penuh tanda tanya,inilah keputusan yang akan mencorakkan lagi perjalanan hidup ini.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-tidak pernah pula mimpi nak masuk sini. 






Terletak di Batu Pahat Johor. Alkisah, satu berita gembira bagi aye, universiti ni memerlukan sejam dari rumah dan satu universiti dengan senior (abang ngah) hehe.


Dan, . Terfikir..apakah yang akan aku pelajari. Tapi, keterujaan tu tetap ada. 
Bila tanya orang, technology management construction one of the best la  kat UTHM ni. Benarkah?
Mulanya terfikir apakah ada pilihan lain selain ini? waa..
Keputusan penerimaan tawaran telah pun ditekan dan segala dokumen telah mula dicetak.
Serius la tu kan?
 Apakah masih boleh diri ini terus menulis, dan buat segala aktiviti yang lain kalau dah sibuk belajar nanti? (bertanya pada diri sendiri)


Dulu, suatu masa dulu la..semasa tingkatan 4, aye pernah mendapat tawaran masuk SMTeknik di JB dalam aliran Kejuruteraan Awam. Tapi, aye membuat keputusan untuk terus dalam aliran Sains di Convent. Ya. itulah keputusannya. Dan sekarang, kursus ni agak dekat juga dengan kerja-kerja bidang kejuruteraan awam. Saat ini, keputusan sudah ada,walau apa yang berlaku haruslah dihadapi.


Memasuki universiti dan belajar merupakan cita-cita. Tapi, bukanlah kemuncak cita-cita.
Niat untuk belajar mengiringi langkah nak masuk universiti ni. Melihat senyuman gembira ibu bapa pun dah cukup memberitahu bahawa mereka bukan sahaja bergembira dengan kejayaan kita tapi turut mendoakan anak mereka berjaya selepas keluar universiti nanti.


cita-cita kemuncak itu_berjaya di dunia dan akhirat.^_^


UTHM dan suasana sekeliling


Masjid Universiti Tun Hussein Onn


Perpustakaan UTHM.besar tu! -destinasi wajib atau rumah kedua student



 Sempat membuat sedikit penyelidikan tentang universiti ni. Aye pernah masuk waktu temuduga pendidikan dan masa sesi pendaftaran abang ngah awal tahun ni. Nampaknya memang berjodoh la dengan universiti ni .:)


anything happens, everything's having bless in disguise. 
Melangkah ke alam universiti selama 4 tahun.
Walaupun dekat dari rumah, namun..tak boleh nak take for granted, mesti berdiri atas kaki sendiri juga kalau nak terus berjaya kan? 


Dan segalanya,.kegembiraan ini turut dikongsi bersama dengan semua rakan seperjuangan. Ramai yang pi uum. hati-hati na, jalan jauh dari Johor ni. 8 Jam . :)

Menerima segalanya. 
after this, with calm and free mind will enter to Ramadhan. 
The Madrasah and Unversity of Tarbiyyah Ramadhan of the Year (siapa nak daftar? :) )
kejayaan ini juga takkan pernah beerti tanpa sokongan cikgu-cikgu yang telah banyak berpenat lelah untuk memandaikan kami ni. Masuk universiti, bertambahlah lagi cabaran iman. (highlight iman) ^_^

mesti sobb.,sobb bila cikgu ucap tahniah. 
Alhamdullillah. sujud syukur ke atas Mu..Ya Allah :')

Friday, July 13, 2012

esok takdir yang terindah..

Belajarlah untuk menyerah jika sudah merasakan telah memberi yang terbaik. Kerana sebaik-baik pilihan bagi seorang manusia adalah berserah kepada Tuhan, dan sesungguhnya apa yang Tuhan pilihkan itulah pemberian yang terbaik :)
Dari wall seorang sahabat. 
Ya, dup dap dup dap menanti hari esok. Entahlah, kalau kita tidak fokus sangat pun tidak boleh juga. Ini berkaitan dengan masa depan. Kalau difikir sangat, tertekan.
Kesimpulannya, masa inilah rasa diri sedang ditarbiah..dan diuji dengan segala yang kita pernah ucapkan dan pernah kita baca.Takdir Allah adalah yang terbaik. Tiada perkataan kebetulan, kalau, mungkin, kot, atau apa sahaja yang menunjukkan sesuatu yang disesalkan.
Menunggu keputusan UPU pun nak rasa macam jantung nak meloncat keluar (punyalah gugup)
inikan pula..di akhirat nanti..

Semoga segalanya berlaku yang terbaik. Sebab takdir Allah untuk kita sentiasa terbaik. InsyaAllah. Malam ini saya nak tidur dengan lena.bersama doa dan zikrullah:)

Wednesday, July 11, 2012

Hati seorang hamba ILAHI

 kesusahan itu kebahagiaan

Sirah Rasullullah SAW dan para sahabat, pada suatu ketika...
Rasullullah SAW pernah tertawa sehingga menampakkan gusinya . Namun, ketawa Rasullu...llah tidak mengeluarkan bunyi. Sewaktu sedang duduk-duduk bersama sahabat, baginda tersenyum sendiri. Tiba-tiba, sahabat ingin bertanya tetapi sebelum sempat sahabat bertanya Rasullullah SAW sudah berkata "Jangan tanya kenapa aku ketawa?"
Apabila Rasullullah berkata begitu, bertambahlah keterujaan sahabat untuk terus bertanya, "Apa yang menyebabkan dikau tertawa, Ya Rasullullah?". Lalu, Baginda NAbi SAW mengatakan,

“Sungguh pelik dan ajaib urusan orang mukmin, semua perkara yang dibuat, padanya ada kebaikan. Jika dia dapat apa yang dia suka, dia bersyukur kepada ALLAH. Jika dia bersyukur kepada ALLAH maka ALLAH akan memberi dia kebaikan. Dan, jika ditimpa sesuatu yang tidak dia sukai atau musibah maka dia tetap bersabar dan redha. Dia juga mendapat kebaikan. Dan tidak ada seorang pun dalam dunia jika melakukan sesuatu melainkan dia mendapat kebaikan melainkan ia adalah orang-orang yang beriman."

ingat, sabar dan ikhlas...itu ISLAM.
Subhanallah. :')


Monday, June 25, 2012

Hidayah- Bukan dinanti, tapi dicari..

Assalamualaikum. 

Kita bertemu semula selepas lama tak menaip dalam blog yang comel ni. Bukanlah melupakan, tapi memang rasa tak nak tengok ketika diri sibuk dengan facebook. hehe. Dan, sekarang, mood sudah kembali untuk menulis panjang-panjang dan selit sedikit ilmu yang diberi Allah Al Alim.

Dalam kita membaca, kita pasti menemui ibrah yang ingin disampaikan pengarang itu sendiri.
Oleh sebab antara karya kesayangan aye adalah karya Ramlee Awang Murshid iaitu Laksamana Sunan Series. Ok. ada 6 buku kesemuanya. dan semua telah dihadamkan dengan baik ^_^
Intipati ni teringat pula bila dengar kuliah pagi di IKIM FM oleh Ustaz Ebit Lew. Seorang yang berbangsa cina telah kembali ke agama fitrah ini. Kalau hayati perjalanan kisah hidup ustaz ni, sungguhlah..hidayah tu memang milik Allah. Kita manusia, wajib berusaha untuk mendapatkan hidayah itu..dan usaha itu adalah DOA.
Baiklah,  ada satu ungkapan yang berbentuk doa yang aye terharu. Doa ini adalah doa yang dilafazkan oleh Laksamana Sunan dalam novel Cinta Sang Ratu.

doa Saifudin dalam Cinta Sang Ratu.


Biar aye singkap sedikit pasal doa Laksamana Sunan ini. Sebelum ini, Ratu Sulaman yang terkenal dengan sikapnya yang bengis dan kejam itu amat membenci LS ni..Tapi, Saifudin tetap bersangka baik bahawa, Ratu Sulaman sebenarnya memiliki hati yang baik cuma, dia terpengaruh 
                  .Sebagai manusia,kita sayang padamu~Laksamana Sunan 
Alhamdullillah, Allah Al Mujib-Maha Memakbulkan .
Ratu Sulaman kembali ke fitrah.

berbalik kepada kisah Ustaz Ebit ni, ikuti kisah yang aye salin daripada blog seorang saudari ni.

Minggu sebelum ini, saya tersentuh, terpukul, tertampar - dan sewaktu dengannya - apabila sempat mendengar perkongsian daripada tetamu undangan pada hari itu yakni Ustaz Ebit Liew. Sedikit latar belakang beliau yang saya masih ingat. Ayahnya berbangsa Cina, pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu - mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam dan 'orang kampung pun tak pasti mereka agama apa'.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulilllah, berkat usaha cikgu itu dan izin Ilahi, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. Alhamdulillah.

Antara point-point penting yang disampaikan oleh Ustaz Elbit Liew adalah; Pertama. Sebagai orang Islam, kita perlu ada perasaan kasih dan sayang, bukan saja sesama kita tapi juga kepada mereka yang belum mendapat hidayah dari Ilahi. Dewasa ini, kita orang Melayu - Islam, sering merasakan bahawa kita lebih baik daripada kaum lain / agama lain. Kononnya kita yakin, agama kita adalah agama yang benar, agama yang diredhai Allah, kita akan masuk syurga. Kita juga yakin, orang kafir akan masuk syurga - sedikit sebanyak telah membuatkan kita menjadi 'sombong'. Bila melihat non-muslim berpakaian tidak sopan, berkelakuan tidak senonoh, kita mula mencemuh, membenci mereka. 

Mentang-mentanglah kita ini orang Islam - agama yang benar. Mereka kafir - masuk neraka. Alangkah lebih baik lagi sekiranya kita buang jauh-jauh perasaan benci itu - gantikannya dengan perasaan kasih dan sayang, juga kasihanilah mereka. Kasihan mereka kerana mereka belum mendapat hidayah daripada Allah sedangkan kita bahagia menikmatinya. Kasihan pada mereka nanti, walaupun baik ketika di dunia, tapi di akhirat kelak akan dimasukkan ke neraka. Kasihan mereka. Menangislah dengan tulus ikhlas, kasihan mereka...

Ustaz Elbit Liew sempat berkongsi, dua peristiwa yang berlaku pada Khalifah yang kedua, Saidina Ummar Bin Al-Khattab.

Pada suatu hari, Saidina Umar bertemu dengan seorang Rahib yang sangat baik, tekun beribadah (mengikut agamanya). Saidina Umar melihat Rahib itu, lalu menangis. Umar yang kita kenal seorang yang tegas, garang, digeruni pun menangis! Rahib itu kehairanan lalu bertanya kepada khalifah, kenapa menangis? Saidina Umar kemudiannya menjawab bahawa dia kasihan melihat Rahib yang baik itu tapi akhirnya kesudahannya adalah neraka. Lantaran itu, dengan izin Allah, Rahib itu terbuka hati untuk mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah! 

Kisah kedua, Saidina Ummar sedang mengagihkan makanan kepada rakyatnya. Di kalangan mereka, ada juga yang beragama selain daripada Islam. Melihat mereka, Umar sekali lagi menangis. Rakyatnya yang bukan beragama Islam itu lalu bertanya, "Wahai khalifah, kenapakah menangis, apakah teruk benar keadaan kami?" 

Saidina Umar menjawab, bahawasanya, dia menangis kerana kasihan, sedih tatkala ketika di bawah pemerintahannya, masih ada lagi rakyatnya yang belum menganut agama Islam. 

Subhanallah. Lihat bagaimana lembutnya hati seorang yang paling digeruni, gagah perkasa, berani berjuang di medan perang tak pernah gentar! Kita, bila kali terakhir kita menangis? Apakah keras sangat hati kita? Ego sangatkah kita? Sombongkah? Hitamkah? Hebat sangatkah kita? Kita menangis tempoh hari kerana apa? Kecewa putus cinta? Atau kehilangan harta yang kita sayangi? Atau kenapa?

Pesan Ustaz Ebit Liew lagi - Menangislah. Menangis kerana Allah. Bila tengok orang lain melakukan maksiat, tidak menunaikan suruhan Allah, tidak solat dan sebagainya - menangis dan doakan agar mereka kembali ke jalan Allah. Ajar anak-anak kita yang masih kecil, yang belum melakukan dosa agar turut mendoakan dan mengaminkan doa yang baik-baik. Moga doa kita diterima dan dimakbulkan Allah. InsyaAllah.




........................
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah. May Allah Bless 



Monday, May 21, 2012

Rejab 1433 H.-Bulan Istighfar

Tahukah anda pada MALAM INI (Isnin 21 Mei 2012)..

Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

... Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah..




Sunday, May 20, 2012

'Sunan Musafir Contest yang Sueperbs'

Assalamualaikum w.b.t;)
,hehe Salam suci penuh kesejahteraan ku hamparkan setelah beberapa purnama tak jenguk blog ini. huhu. waa. sadis betul. 
dan kini, atas segala semangat, blog ini kembali ceria semula. (walaupun semak sikit,hehe)


Dengan sukacitanya, saye nak join contest daripada kak sueperb nih! gembira kenal dalam blog ok;)  betul la, sejak saye berkongsi rasa pasal karya2 RAM ni, banyak orang yang dah saye kenali. meriah sungguh komuniti yg terjalin. yelah. sebagai manusia, kita sayang pada mu. hehe.


ok, nak straight to the point,  teringat masa 'mude2' dulu tangkap cintan dengan karya RAM. Pertemuan tu berlaku semasa di perpustakaan surau sekolah. Buku ini diletakkan sebaris dengan buku-buku ilmiah yang ada dalam surau. Dan masa tu dalam fikiran dah terdetik "macamana boleh sangkut novel dalam perpustakaan surau ni?" diriku tertanya-tanya. Memandang kulit novel Bagaikan Puteri, nak kata novel agama ke apa, bukan kot. Demi menghabiskan masa lepas solat zuhur, saya duduk bersila di dalam surau  menyudahkan satu bab ke satu bab. Akhirnya pinjam balik baca kat rumah. ;)

Quotes yang melekat dalam hati apabila Sunan kata pada si Beragas,

"Maukah kamu mendengar tawaranku? Kembalilah ke jalan ALLAH, nescaya kamu akan kita lepaskan"
Bila baca sampai bab 10, sungguhlah..baru saye tahu layaklah buku ini diletakkan dalam surau. Special kan novel ni? hihi. sudah 5 novelnya di tanganku..


Hari Khamis minggu lepas, menonton temuramah Tuan Ramlee Awang Murshid di tv1SP1M slot Resensi.

"Keteguhan iman Laksamana Sunan juga turut memberi impak kepada saya. saya dan watak ini sangat rapat. bagaikan sahabat."


jujur saye akui, ini antara novel dakwah terbaik. dan kawan saye seorang india pun telah terpengaruh dengan novel ni. alhamdullillah. moga dia mendapat hidayah. Amin.


Last point, saye nak kata pasal LS series ni, .
Walau kemanapun langkah kita kejahatan pasti akan mengekori dan
membayangi kita. Keyakinan yang cukup pada Allah pendinding
segala-galanya. Novel ini benar-benar mengajar kita untuk sentiasa
berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH . Kerana ALLAH tidak jauh,
rintihan kita sentiasa didengari. Pasti anda akan berasa bahawa
terlalu banyak beban yang disandarkan di bahu Sunan, tetapi
sebenarnya, walaubagaimana susah pun, sebenarnya segala kesusahan itu
menjadi suatu kebaikan buatnya manakla segala kesenangan itulah ujian
buatnya. kisah trilogi ini membuktikan sekali lagi bahawa
dengan izin ALLAH, apapun tiada yang mustahil. Maka, kita hanya layak
berusaha dan berdoa, tetapi yang mengukur dan menentukan hasilnya adalah ALLAH.

Dan,,untuk memiliki edisi kulit keras yang terhad ini mengujakan ssiapa je yang menghargai sesebuah karya dan ibrah daripada karya tersebut.kan? bukan semata-mata koleksi.;) 
 dan, atas sebab tu juga mungkin saye pun akan beli edisi kulit lembut, ..sebab edisi kulit keras ini berpotensi tak lunyai kalau dibaca beramai-ramai. hehe;) sharing and caring is our way of life. insyaAllah, dan semoga kebaikan yang ada dapat dikongsi bersama dan selayaknya Allah yang membalas segala. 
sekian 
kepada kak sueperbs,thx, walaupun dah nk close date. ;)

wassalam, see ya!