tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, June 27, 2013

Layan drama Kau Laksana Bulan

Assalam, 
menjengah hari dah habis exam, 
yeah. alhamdullillah. kertas terakhir yang berjaya aku tamatkan adalah Statistik. em, dalam hati aku berdoa, apakah aku mampu menamatkan dengan jayanya? 
Insyaallah, lepas ni tunggu keputusan. 

Dan sekarang ni, orang lain tengok cerita-cerita yang ada ditayang kat tv sekarang, dan aku melayan cerita yang 2 tahun lepas rasanya. 
Cerita adaptasi novel Kau Laksana Bulan oleh Aina Emir.
Cerita ni berkisarkan tentang seorang gadis yang berusaha menjadi seorang penulis novel yang berprolifik. Dan, bercerita tentang menulis ni, Adriaana dalam novel ni menulis novel Romantis Thriller. em. tu dia,.sedikit sebanyak cara seorang penulis ni mesti seorang yang rajin mencari maklumat. tahu bahawa tugas menulis ni tugas memandaikan masyarakat. Bukan nak membuai je dengan maklumat kosong semata,
ok,.dengan menonton cerita ni, mula semangat nak menulis tu datang semula. 

Tengok cerita ni pula la kan, memang senyum je la tengok gelagat diorang ni. sungguh pembawa watak ni sangat menghayati wtak masing-masing.

Zul Huzaimi dan Ayu Raudhah, gandingan mantap. Eheh, sejak tengok cerita ni, minat pula aku tengok gaya Zul Huzaimi berlakon. eksperesi dia tak over, gaya dia memang nampak cool je. Kalau berlakon romantik jadi, jahat pun kena juga. memang dasar pelakon ahaha.


duk sebelah tapi, bercakap guna mesej.


Cerita ni ramai kata sweet semacam,, tu dia. dah habis dah tengok, pengajarannya ada. 
nak tengok lagi mereka ni berlakon. 
mungkin lepas ni boleh berlakon dalan drama bawah skrip aku pula. mana tahu satu hari nanti. ehehe. =)

jom layan Trailer cerita ni,.



Selepas ni, insyaAllah nak reupdate resensi novel Sunan Musafir. Daripada tahun lepas sudah siap membaca, namun kepayahan nak menulis ulasan. dan kini aku nak gagahkan juga lawan malas. okehh. 
assalam.
-

No comments: