tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, June 03, 2011

Bukan suka suka nak suka..-Sutera Bidadari

 Alhamdullillah...terima kasih buat kawan MPR blogger putih atau hitam ku yang sudi menolong aye nak dapatkan tandatangan RAM ni!
huh...akhirnya...dapatlah juga jatuh ke tanganku setelah sekian lama menunggu..
memang menguji kesetiaan tau..
tepat pukul 4.oo pagi, Sutera Bidadari telah kukhatamkan dengan seribu satu perasaan.
sejak tahun 2006, aye dah ikuti segala pengembaraan Laksamana Sunan..dan 
la ni...Sutera Bidadari..yang membuka mata hati...


dan...aye salah seorang ahli RAM fc ni..
nak memetik ayat sedap ni..
Watak yang dicipta mencontohi akhlak dan sifat Rasulallah S.A.W dan kependekarannya pahlawan melayu dahulu kala berjaya menambat hati puluhan ribu rakyat Malaysia. Boleh dikatakan sebuah fenomena dalam dunia buku, ia menjadi penyebab penulis novel ini yang sepatutnya mengakhirkan novel pada sekuel ketiga lantas menyambungnya jua hingga buku ke lima atas desakan peminat-peminatnya. Mungkin laksamana inilah ‘superhero’ Malaysia yang kita cari-cari selama ini. Mampu hidup dalam dua zaman dengan izin dari Allah S.W.T. Tidak kebaratan dan penuh islamik. Tidak angkuh mahupun tamak. Tidak futuristik tapi tidak juga makan dek zaman. Paling penting sangat dekat di hati peminatnya.
Saifudin Jalis atau Laksamana Sunan..
 ikuti...dari hati Ramlee Awang Murshid.
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akanmenjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.

Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.

Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!

Nota:

Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
p/s: ikuti kata-kata hati pembaca beliau..iaitu noor hafizah..pada entri seterusnya..



1 comment:

Faratira said...

haha..tak perasan pulak fizah tulis entri ni...sorry x dapat yg hard cover...dah habis masa tu....

next next time, akak boleh je tolong lagi.