Tema : Kekeluargaan
Kedudukan Imam Muda pada minggu yang ke lima :
1. Imam Muda Fatah
2. Imam Muda Azlan
3. Imam Muda Fakhrul
4. Imam Muda Nazrul
5. Imam Muda Hassan
6. Imam Muda Amar
7. Imam Muda Ali
8. Imam Muda Najdi
9. Imam Muda Mujahid
10. Imam Muda fadli
Tugasan Mingguan :
Pada minggu yang keenam, para Imam Muda menerima tugasan baru iaitu tugasan member sesi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang mempunyai pergolakan rumah tangga. Setiap Imam Muda mendapat satu pasangan yang mempunyai pelbagai dan masalah yang berlainan. Imam muda ditugaskan untuk menasihati mereka supaya pasangan tersebut dapat mengelakkan dari berlakunya penceraian.
Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :
Ø Tugasan Imam Muda adalah cuba untuk menyelesaikan kemelut pasangan yang mempunyai krisis rumah tangga itu.
Ø Imam muda Fakhrul lebih menggunakan pendekatan bertanya masalah, mencungkil dan menyoal pasangan tersebut kerana beliau berpendapat pasangan yang tengah marah tak akan menceritakan masalah mereka. Pasangan tersebut mendakwa bahawa mereka sama sama menyesal kerana berkahwin dengan pasangan mereka. Maka Imam Muda Fakhrul memberi nasihat jika kita mahukan kan kasih sayang, pergilah kepada Tuhan, Maka Tuhan akan bagi kasih sayang itu.
Ø Imam Muda Azlan menerima dakwaan dari isteri bahawa dia telah disihir oleh suaminya sendiri. Dia juga mengaku terjumpa bungkusan kuning dirumahnya.
Ø Imam Muda mujahid pula menerima dakwaan isteri yang mengatakan dia tak suka layanan suaminya yang mana suaminya selalu melayannya dengan kasar.
Ø Imam Muda Najdi pula menerima dakwaan isteri bahawa suaminya Homoseksual. Suaminya selalu bawa balik kawan lelakinya. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda najdi hilang fokus dalam melaksanakan sesi kaunseling.
Ø Imam Muda Ali pula menerima dakwaan daripada pihak isteri mengatakan suaminya kaki botol. Suaminya adalah seorang pemandu lori dan sering tidak pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Ø Imam Muda Amar sama sama berdoa dengan pasangan yang mempunyai masalah itu agar diselamatkan rumah tangga mereka. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda Amar sama sama masuk ke dalam masalah itu. Malah, Imam Muda Amar mendesak pasangan tersebut untuk bercerita.
Ø Imam Muda Nazrul menerima dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya meminjam duit dari Along. Maka dia meminta fasakh tidak tahan kerana selalu diganggu oleh along. Suami pula mendakwa dia meminjam hanya kerana ingin memberi kehidupan selesa kepada keluarganya.
Ø Imam Muda Hassan menerima dakwaan dari pihak suami bahawa isterinya ada hubungan sulit dengan kawan baik nya sendiri. Si isteri mengaku ada hubungan dengan kawan baik suaminya sendiri dan mendakwa kawan suaminya itu melayannya lebih baik dari suaminya sendiri.
Ø Imam Muda fadli menerima Dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya selalu pulang lewat. Malah suaminya juga dikatakan mandul punca mereka tiada anak.
Ø Imam Muda Fatah menerima tugasan yang berat kerana pasangan suami isteri tersebut tidak berhenti henti bergaduh di hadapannya. Mereka saling salah menyalah antara satu sama lain. Isterinya mendakwa suaminya ada hubungan dengan perempuan lain.
Hujah di medan Imam Muda
Ø Imam Muda fadhli merungkaikan konsep pertunangan yang mana pertunangan bukanlah satu tiket untuk pasangan tersebut berdua duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah,
Ø Imam muda Hassan menjelaskan faktor memilih calon isteri terbahagi kepada empat iaitu Keturunan, Harta, Rupa Paras, Dan Agama. Dan jika agama yang dipilih, maka ia akan membawa ke syurga.
Ø Imam muda Ali menerangkan faktor kenapa Allah mengalakkan perkahwinan iaitu mengelakkan zina, menenangkan perasaan dan menambahkan zuriat.
Ø Imam Muda Nazrul berhujah mengatakn faktor utama berlakunya penceraian ialah masalah ekonomi. Ini kerana, ia akan mendorong kepada pinjaman Along dan ia merupakan satu kesilapan besar.
Ø Imam muda fakhrul merumuskan Islam adalah agama sempurna. Jika belaku sesautu masalah malka kembalilah kepada Al Quran kerana ia ada jawapannya.
Soalan imam Muda
1. Apakah yang dimaksudkan dengan FIQH AL-NIKAH?
· iLmu Fiqh yang mengkhususkan perbincangganya terhadap keperluan perkahwinan, hukum hukumnya dan bagaimana menjana system kekeluargaan menurut islam.
2. Berikan tiga tanggungjawab suami kepada isteri.
· Menghormati isteri
· Mencintai isteri
· Pemimpin, pendidik kepada isteri.
3. Berikan tiga tanggungjawab isteri kepada suami.
· Menjaga rahsia suami.
· Menghormati suami
· Menjaga harta suami
4. Bilakah satu perkahwinan itu menjadi haram?
· Apabila seseorang itu tidak mampu dari sudut kewangan atau tidak mampu dari sudut batin sekaligus yakan akan menzalimi pasangannya dengan kelemaham kelemahan tersebut.
5. Bilakah satu perkahwinan itu menjai wajib?
· Apabila seseorang itu nekad untuk melakukan zina sedangkandia mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan batin.
Imam Muda Terbaik
Imam Muda Fatah dinobatkan Imam Muda terbaik pada minggu yang ke 6. Sebagai ganjaran, bellaiu menerima pakej percutian ke Singapura.
Pengakhiran medan imam Muda
Pada penghujung imam Muda, Mudir mengumumkan imam Muda Ali dan imam muda Fadhli yang akan menamatkan perjalanan mereka dalam Imam Muda. Walaupun begitu, kedua dua nya masih meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa. Mereka masih ke kelas untuk menerima pembelajaran daripada Murshid sehinggalah tamat program sama seperti Imam Muda yang lain.
Resolusi Imam Muda
Ø Membina rumah tangga berasaskan agama, bukan nafsu semata mata.
Ø Menghidupkan nilai aqidah, ibadah dan akhlak islamiah di dalam institusi keluarga.
Ø Suami dan isteri memahami dan melaksanakan peranana masing masing dengan sempurna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
pascaskrip Cik Cilipadi Hafizah:
Suka yep! baru tahun ni nak mengikuti program keagamaan ni...
program berilmu macam ni telah menemukan ilmu yang kadang kita terlepas pandang.
credits untuk blog HambaMu Allah untuk review Imam Muda minggu ni yang belum ada kesempatan aye tengok.
macam-macam cabaran kan..ni baru yang tengok kat tv, kalau yang tak nampak tu lagilah..
ah..oh ye..rumah aye takde astro ye..jadi, terpaksa berkelana untuk mengikuti episod demi episod..hah..kot boleh tumpang umah mak cik ke nak tengok..hehe..
malam tadi, 2 orang Iamam Muda tersingkir sudah..
tapi, relaks je...mereka ni masih diperlukan di belakang tabir..
tema minggu ni mencabar kan.
ok, lepas ni nak buat satu entri tentang Solat Istikharah..malam nanti..tunggu..
suka tak suka tak entri ni? ;)
1 comment:
imam muda, alhamdulillah diberi kesempatan yg luas utk berdakwah. hakikatnya, setiap muslim itu da'ie. blogger pn pendakwah kan? iAllah :)
Post a Comment