tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Monday, May 20, 2013

Untuk kali ke 150 juta. ❤

Assalamualaikum,..and hai :)

Hari ni hari yang tak busy, tapi dalam fikiran tu sangat sempit dengan assignment sana dan sini.
Tapi, bila dah ada chance nak buat,.aku menjadi seorang yang cool dan buat dengan penuh ketenangan.
Somehow, stress tu bagus untuk memaksa seseorang itu untuk siapkan apa yang kita kena siapkan.
Tapi, pada satu keadaan yang lain, aku rasa stress ni kalau tak diurus dengan baik,
mungkin akan jadi penyebab kepada penyakit dalam diri
Misal kata yang boleh dihighlightkan,.adalah masalah paranoid dan virus negatif.

Sebenarnya, aku tak berapa nak minat bersama dengan orang yang risau nya melampau tahap boleh bawa orang lain sekali down.
Atau dengan orang yang terover confident dengan apa yang dirasa.

Hakikatnya,.bukanlah aku tidak mahu untuk jadi orang yang sangat mengambil berat akan apa yang perlu tu sekadar dan setimpal dengannya.

Kata Prof Muhaya,.jangan biarkan fikiran kita dengan satu pemikiran yang negatif. Kita mesti ada perisai untuk menghalang segala ketidaksesuaian perkataan yang bila masuk dalam pendengaran kita, secara automatiknya,.hati kita ni jadi risau tak semena-mena. Padahal tadi,.boleh je kita cool dan bgitahu pada diri,.yang "you can do  it, don't worry,." 

kan? tapi ada baiknya juga jumpa orang macam ni,.maksudnya bolehlah dengan kerisauan depa tu buat aku rasa tak tentu arah dan kena siapkan juga by hook or by crook. peh.

tapi,.dalam nak rasa satu kelebihan tu,.sebaiknya kita duduk dengan tenang dan buat dengan sistematik. itu yang terbaik.
tapi, bila bekerjasama dengan orang yang tak berapa efektif mahupun proaktif itu a yang mendatangkan saat-saat menyampah dan hilang 'cool ' dalam diri..huh.

meh kita petik dalam cerita Three Idiots,
"hati kita ni bodoh,.usaplah dada dan beritahu yang All is well.."

tu dia..all is well-semuanya baik ja.

kita mampu buat sesuatu yang kita nak buat tu,.kalau kita bersungguh-sungguh nak buat.
Kita kena yakin dengan diri sendiri. Sebab Allah yang jadikan kita.
Bersangka baik dengan kemampuan diri adalah bertawakal pada Allah.
Ia satu complementary.
doa, usaha dan tawakal :')

satu usaha dan akhirnya telah berjaya aku siapkan adalah, assignment autocad dan lukisan pelan.. ya,.sebelum buat tu aku rasa macam mustahil untuk aku mampu siapkan.
Tapi, berdoa dan rasa aku memang boleh buat,.ada je jalan. hehe



dan autocad yang juga telah siap untuk dicetak.
insyaAllah,.

dan untuk 3 minggu lagi ni,.akan menyambut peperiksaan akhir. huhu.
semoga usaha doa dan tawakal berjaya dipraktiskan..
untuk kali 150 juta jangan pernah berputus asa, berdoa dan jangan pernah kecewa pada-Nya . :)

aamiin, ya Allah :)



Saturday, May 04, 2013

Antologi Siti Nurmalaysia- karya pertama



Untuk seketika, menatap muka depan antologi ni. memang cun.
Biarpun 3 tahun tunggu terbit, tapi bukanlah ini yang menjadi yang pertama kali dan terakhir untuk aku terus menulis. Kekadang, apabila menanti sesuatu tu, jangan sampai kita tidak berbuat apa-apa yang bermanfaat. sebab, kita kadang boleh memberikan yang lebih baik dari apa yang kita tunggu tu.

Dalam antologi ni, ada sebuah cerpen aku yang bertajuk Cekak musang, Samfoo dan Dothi.
Inspirasi cerpen patriotik yang pertama kali aku karang.
Sebuah cerpen yang mengajar aku erti untuk terus berusaha sehingga mencapai maksud yang nak disampaikan,,
Fuhh..rupanya bukan mudah nak memberi mesej pada orang, bukan mudah untuk memahamkan orang apa yang kita nak ceritakan,dan bukan mudah juga nak menyusun ayat demi ayat,..tapi akhirnya bila terus buat dan buat menjadikan sebuah cerita tu lengkap dengan segala pengajaran yang kekadang kita pun tak perasan dan tak sangka kita telah melakukannya. 

Cerpen yang pertama ini bagi aku, memberi makna juga.


 Satunya berkisarkan tentang seorang jurukamera pada zaman kemerdekaan yang aku angkat menjadi seorang watak utama. Dia dan kameranya berjuang untk merakam kisah dan perjuangan pada zaman-zaman menuju kemerdekaan dulu. Dan watak ni, aku angkat sebagai wira. Penggerak utamanya adalah seorang wanita muda yang juga seorang jurugambar yang berusaha  mencari rahsia disebalik sekeping gambar yang sangat simbolik dan memori yang telah lama disimpan. 
Gambar tersebut telah membawa dia hingga ke Kota London untuk menemui seorang jurugambar yang dahulunya banyak merakam momen-momen penting negara.
Masa menulis kisah ni, aku tidak fikir banyak atau mencari sesuatu yang lain dari yang lain. Tapi, sesuatu perkara yang kecil tu kita boleh angkat untuk menjadi sebuah kisah. Ni smua ada kaitan dengan satu keratan akhbar.
'Jurugambar Kemerdekaan  menyimpan memori sebagai perakam sejarah negara.'
Kedatangan wanita tu ke Kota London bukan sahaja menemukan sebuah jawapan,tapi juga mencipta satu pertemuan. Pertemuan yang membawa kebahagiaan. Apakah itu?  


Proses kreatif mengambil masa 3 hari. Alhamdullillah. untuk pengakhirannya,.memang membuat aku tersenyum sendiri. aha. pengakhiran yang senang.

Moga dapat lah aku menggenggam first album ni nanti :)

Mencari Inspirasi untuk menulis-beli buku

Assalamualaikum.

" tak nak lah beli buku lagi, nak bajet.." itu kata aku pada mama sebulan yang lepas, bila sakan berbelanja baucer buku. Dan kali ni,.oleh kerana aku pecinta buku,.hal ini memang tak dapat dielakkan. (ini ayat escapisme)
oleh kerana tahun ni, tidak dapat menjejakkan kaki ke PBAKL, maka membeli buku ni,.menjadi terapi untuk aku tidak berhenti membaca buku.
meskipun rak semakin penuh dengan deretan buku-buku baru yang ada antaranya masih belum berkesempatan untuk baca...-_-

Buku Doa Untuk Aku + Dunia ini sederhana kecil oleh Bahruddin Bekri. antara penulis kegemaran aku sekarang ni.
Buku KLCC oleh Fixi. 
Antologi Cantuman Mimpi .

Perbincangan santai dan sangat bermakna masa Rabu lepas dengan Kak Faratira Aimiza (nama pena beliau ), sangat mencerna minda sekaligus buat aku bersemangat nak teruskan menulis. Antara kami banyak berkongsi idea, berkongsi pengalaman. Dan pastinya,buku-buku ni menjadi pemangkin semangat aku untuk menulis lepas ni 
cantuman mimpi tu hasil karya rakan-rakan mpr yang giat menulis. hasil karya mereka makin lama makin meningkat baik. 
hakikatnya, untuk menjadi lebih baik tu perlulah melalui proses-proses kesukaran kan?
insya-allah. terinspirasi dengan diorang ni.

bak kata kak fara, kalau nak menulis ni kena pandailah kita ni cari masa walaupun sedikit.

selepas habis exam sem 2 ni, insyaallah aku akan tumpu pada penulisan. Kalau assignment boleh buat, kenapa menulis tak boleh? hehe.

Projek bersama kami, moga ada jalan dan moga segalanya dapat disempurnakan. insyaAllah.

:)

Tuesday, April 16, 2013

Luahanku selepas sebulan lebih peristiwa Lahad Datu - Bhg 1

Assalamualaikum.

Sejak berlakunya peristiwa Lahad Datu tu,. aku nampak perubahan.
Perubahan sekeliling. Perubahan positif. abaikan perubahan yang negatif tu.

Kita sebagai anak malaysia pasca merdeka,.peperangan seperti ini tidak pernah kita rasakan. Bila terjadi peristiwa ni,.semua buka mata. even ramai juga yang masih sengaja nak menutup mata dan terus mempersoalkan itu dan ini, tapi bagi aku,.jelas aku nampak semua orang bersatu memberikan sokongan kepada para perwira yang berjuang di sana.

Dan banyak juga research yang dah aku buat sepanjang mengikuti Ops Sulu ke Ops Daulat.
Apa yang dapat aku simpulkan dari sini,.apa yang berlaku sangat memberi kesan kepada sejarah negara bahkan jiwa anak muda seperti aku.

Rasa semangat cintakan negara tu dapat dirasakan.
Sukar aku nak jelaskan segala perasaan tu,.tapi peristiwa berdarah macam ni,.memang tak sangka akan mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara. nyawa mereka menjadi pertaruhan disaat kaki melangkah ke medan perang. Moga Allah merahmati roh mereka. Dan tempatkan mereka dalam kalangan mujahidin yang berjuang kerana-Nya.

Kata pensyarah aku,.syahid ni jangan dipersoalkan. Biarlah Allah menentukan. Kita berdoalah moga mereka yang ini ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Itulah sebaik-baik pembalasan. Allah jua yang layak membalas segalanya.

Ada juga dalam kalangan kawan aku yang duduk di Sabah,rasa tak tenteram memikirkan keluarga mereka kat sana,.

Walaupun, aku bukan Sabahan,.tapi aku Malaysian. Aku Darah Anak Malaysia.
itulah,..sedangkan kalau berlaku apa-apa di Palestin,.atau dimana-mana negara yang sedang bergolak pun,.kita simpati dan hulurkan bantuan,.inikan pula,..tanahair sendiri,..

Bila berlaku kejadian seperti ini,.
barulah rasa seperti negara ini sememangnya tanah tumpah darah.
Harus dipertahankan. ATM dan PDRM.
Tugas mereka demi untuk mempertahankan sebuah kedaulatan negara melindungi agama dan bangsa amatlah harus dihargai.

Sebelum ni,.mungkin kita nampak tugas mereka sekadar tangkap-tangkap orang,.beri saman,.tapi itulah sebahagian tugas mereka. Bila berlaku je pencerobohan macam ni,.tugas yang digalas semakin berdepan dengan risiko.

ada seorang kawan aku,.anak polis,.kata dia ,ayah dia terlibat dalam operasi ni. Kalau boleh hari-hari nak telefon ayah dia minta beritahu keadaan. Tak nak apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Isteri arwah ASP Zulkifli. moga Allah memberi ketabahan mengharungi segalanya. Aku kagum. 

Anak kehilangan bapa,
ibu kehilangan suami sandaran hati,.
ibu bapa kehilangan anak,.

Dan,.kita serahkan pada Allah,kerana kita semua tidak berupaya mahupun daya dalam segala hal. Tapi Allah yang menguasai segala-galanya. 

Hasbunallah Wa ni'mal Wakeel
Ni'mal Maula Wani'mal Naseer.

walaupun hampir sebulan peristiwa ni,.pihak mereka masih meneruskan Op Daulat untuk menjalankan misi mereka . Doa kami rakyat Malaysia buat pejuang negara,


Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku


Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali

Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

Moga Allah merahmati. Tetapka hatimu kerana Allah, pejuang. Hanya Dia yang layak membalas segalanya..

-16.4.2013, UTHM-



Friday, February 22, 2013

Batu Bata Kehidupan di sem 2

Setiap hari yang kita lalui, sesungguhnya setiap masa itu teramatlah berharga. 
Diibaratkan kalau masa tu boleh dibeli, mau je beli masa orang yang melepak kat kedai kopi tu. Betapa tak berharga je masa .

Jadi, boleh katakan di sini masa itu bukan ibarat emas lagi dah, tapi diibaratkan sebagai nyawa.
Siapa boleh ganti nyawa? Tidak, nyawa itu milik Allah.
Dan begitu jua masa.

Sesungguhnya, apa yang terjadi semalam akan jadi pengajaran buat aku pada hari esok.
Untuk kita melihat dan mengukur kesilapan orang lain tu kadang-kadang jadi hobi yang tanpa kita sedari telah jadi rutin. Seddangkan kelemahan dalam diri jarang sekali kita lihat.
Jadi, untuk merubah dunia itu, ubahlah dunia dalaman kita kerana dunia dalaman itulah yang akan menjadikan kita sentiasa berusaha untuk menyebarkan bahagia kepada orang sekeliling,
Bak kata Prof Muhaya, orang bahagia pasti akan membahagiakan.

Kuliah hari ni

Kuliah Teknologi Binaan hari ni belajar tentang pembinaan dan segala macam hal-hal dalam construction site ni. 

belajar jenis batu-bata, dan segala jenis yang ada dalam tapak pembinaan.
Rasa macam kontraktor baru belajar pun ada. Sebelum ni, tahu simen dan tile je. Yang lain, tau pun dah siap rumahnya,kan.

Dan dah dapat assignment pertama!
kena lukis pelan okey. Walaupun dengar tugasan pertama rasa macam berat je rasa.,perasaan itu harus ditolak tepi. Mesti buat muka sememeh senyum! 
Perlu ada perasaan minat walaupun tak suka. Bak kata Encik Yamani tadi. 

Episod melukis pelan dalam terma Lukisan Kejuruteraan berulang kembali.

akhirnya jumpa satu pelan rumah ni..


pelan rumah 2 tingkat yang bakal dilakar
.

dan seterusnya menjadi seperti ini..


cantik tak rumah idamanku? ;)

dan sebenarnya masa belajar pasal Teknologi Binaan ni kami kena buat amali juga. Memang tak lari dari pasir, brick dan yang sewaktu dengannya tu.

Bermulalah episod 14 minggu mengharungi sem 2.
InsyaAllah, akan buat yang terbaik.
semampuku.

bersama-sama kawan-kawan yang sekepala dan hyperactive juga. 
mewarnai dunia bersama.insyaAllah.

"akan ku padam kesilapan nan lalu atas kanvas lukisan kehidupan, 
meskipun terkesan, biarlah ia menjadi satu dengan warna-warna pelangi..
kerana hidup ini penuh warna-warni
selalu setiap kesilapan itu membawa kepada hasil yang lebih baik..
insyaAllah.."

bidang pembinaan ini sebenarnya satu bidang yang berkait rapat dengan populasi manusia.
Tanpa binaan , mungkin tamadun takkan berkembang. Itulah kemahiran yang ALLAH Al-Alim
telah berikan kepada manusia.

And true,>>sebuah rumah itu bermulanya adalah dengan seketul bata. dan takkan batu-bata itu menjadi binaan andai ia tidak disusun dan diikat antara satu sama lain.

kan, analoginya sebuah kehidupan ada di situ :)

salam,
-noorhafizah-


Thursday, February 21, 2013

'Senibina' membina semangat dalam diri

Assalamualaikum, 

Ini entri luahan semata-mata. Tak mengubah keadaan pun.
ada sesuatu yang menganggu..
. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapalah boleh terlibat dalam bidng pembinaan ni, sedangkan minat aku adalah lebih kepada bahasa..

Semester 2 ni, sebanyak 17 kredit dan dua subjek 3 kredit.

TITAS-2.0
Teknologi Binaan 1 -3.0
Statistics untuk Pengurusan - 3.0
Sumber Manusia-2.0
Rekabentuk Senibina-2.0
Effective Communication-2.0
Prinsip Pemasaran-2.0
Kokurikulum Haji dan Umrah-1.0

2 subjek yang memerlukan komitmen tinggi, Teknologi Binaan 1 dan Statistic. Memang tak dapat larikan diri dari Math..

Ada senior tu cakap, Math ni memang susah sikit, tapi kalau kita cuba buat dan buat hari-hari, insyaAllah..tak dapat semua, at least separuh dari silibus tu kita dah expert.
Taulah kan, Math fobia ni memang boleh melanda.

Bila fikir betapa susah tu,.rasanya macam tak sanggup nak mengharungi!
Ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk mengutip ilmu-Mu nan luas itu walaupun setitis.

Kita tak dapat tidak kena akui,.manusia tu tak boleh bergantung pada diri sendiri. 
Dan apa yang sepatutnya aku lakukan adalah dengan buat latihan, kan?

Ok, tarik nafas dalam-dalam dan fikir positif untuk terus berusaha. Study smart ok, Hafizah? :)

Aku sedang berlatih untuk menjadi seorang yang positif. Walaupun sudah banyak kali aku mendengar kata-kata inspirasi Prof Muhaya, kalau kita tak latih diri untuk tulis skrip kehidupan kita ni pun, tak berkesan juga kan apa yang kita dengar. Malah, kita mungkin susah nak percaya kesahihan tu. Padahal, kita sendiri tak mencuba pun.

Untuk minggu pertama sem 2 ini, kelas rekabentuk senibina dan kelas Teknologi Binaan yang paling banyak sekali bercerita tentang bidang construction ni. Sesekali terasa jadi arkitek, tak pun jurutera. haha.

Tapi, kata pensyarah aku, kami ni semua bakal Pengurus Projek dan segala macam projek kami bertanggungjawab untuk kendali dan cek satu persatu sebelum sesuatu projek itu diluluskan.

dan untuk diriku, memang adakalanya sedih tiba-tiba kenapa lah tidak masuk bidang bahasa ke, bidang yang banyk menjurus bidang penulisan atau apa-apa je..

dan, bila imbas balik...Allah dah tentukan untuk aku belajar di sini 
Di Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat ni.

Sebagai pelajar jurusan teknologi binaan.

Kata Prof Muhaya, niat untuk belajar tu harus sentiasa kerana Allah.
Bila kita belajar kerana sebab lain, kita pasti akan mudah jatuh, putus asa dan paling teruk,..
kita tak mampu nak bawa diri untuk menjadikan segala kerja kita sebagai ibadah kita nanti.

Masjid Alhambra, Spain.
senibina-subjek feveret! :)

dan bak kata Hlovate, the flower thats bloom at adversity, are the most beautiful flower at all :)

Ya Allah, kurniakan daku kekuatan. Tiada daya dan upaya diriku melainkan dengan kehendak-Mu.. 

amiin

-Demi sesungguhnya, setiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan-
(Al Insyirah)

Tuesday, February 12, 2013

Muhasabah diri selepas SEM 1


Hari ni genap 6 bulan aku bergelar pelajar UTHM dalam bidang Pengurusan Teknologi Pembinaan. Dan segalanya cukup banyak mengajar erti hidup sebagai pelajar kampus. 

Dan, setelah habis satu sem ini terpaksa pula berdepan dengan keputusan peperiksaan sem 1. Apakah keputusan itu mendatangkan kepuasan?

sungguh, tak dapat nak kata apa. Bila berdepan dengan subjek Math ni, aku cukup risau. Dah lama dah tinggalkan matapelajaran ni sejak last spm dulu. Bila kat universiti, terpaksa ambil subjek ni .

Allah je la tahu perasaan ni. dan sememangnya aku rasa Math dan aku belum cukup kamceng lagi bersama..
sebab tu la result pun,.memang la buat sedih je lebih..

boleh jadi result ni memutarbalikkan kertas aku yang lain...
ah. sungguh terbeban.
 dan sem 1 ini telah berakhir dan result yang aku dapat pun tak membanggakan...tapi mungkin pointernya memujuk sikit..cuma satu paper ni lah yang bermasalah..

Namun, kata hati membisikkan aku harus bersyukur dan jangan berputus asa dengan apa yang telah aku dapat

and true, percyalah, ini hanyalah sebuah ujian, bukan keputusan..
ini bukan semata statement nak memujuk diri sendiri..tapi, inilah hakikat yang harus semua orang terima..

Secara dasar, mungkin usaha yang aku curahkan pun tidak begitu bersungguh. 

aku teringat kata prof muhaya, Allah melihat doa dan usaha kita.
Yang penting niat kita belajar tu kerana Allah, selain dari itu usaha dan doalah yang harus kita gerakkan.
setelah itu, terpulang segalanya ada Dia untuk menentukan.

Betullah. bila imbas semula,,.sungguh lah aku kena ubah cara study, dan segala yang akan membuatkan niat itu sentiasa berubah.

Niat nak belajar kadang-kadang hilang bertukar macam tu je.

Bila nak exam, baru sibuk berkejar cari nota...waa tak nak buat perangai ambil mudah macam ni..
penyudahnya inilah yang terpaksa aku depani.

Sem 2....
Isnin ini akan aku jejaki. 
segala macam benda akan aku hadapi. 

Ya Allah, berilah hamba-Mu satu kekuatan,,
kerana tiada daya upaya melainkan kehendak-Mu semata-mata. :')


Friday, February 08, 2013

anekdot: so, you failed?


“…and you failed. So?” Muka tak berperasaan.

Kening Alan terangkat sebelah. “Kot ye pun kau tu ada keturunan suka-sakat android.Tunjuk la gaya simpati ke empati ke sikit.”

Hadi angkat bahu dengan muka berkerut. “Aku tak reti.”

Alan sengih tawar.Dia menghela nafas panjang. “Rasa gelap dunia,dowh….” Dia menggumam sendiri di bawah sedar.Tangan kiri dilarikan di celah rambut.Tangan kanan mengetuk kepala lutut.Mata merenung kosong muka Campus Pond yang hanya beriak kecil dilibas kumpulan Canadian Goose yang berenang melintas.

Sepi mengambil ruang di kerusi batu menghadap kolam buatan manusia di tengah kampus tu. Sekitar mereka, di sana-sana ada je students lain yang bersepah duduk.Mengambil peluang merasa nikmat panas matahari sambil makan,buat kerja,atau hanya lepak cuba untuk mengosongkan kusut di kepala.Laman kampus dah kembali hijau dan berwarna.Musim bunga dah tiba. Tapi tu la.Matahari mungkin bersinar dengan langit biru tanpa awan, tapi hujan dalam hati manusia,orang tu je yang tahu.

Hadi pass tuna-wrap pada Alan.Tapi matanya pada kumpulan Canadian Goose yang masih lagi berenang berlegar di hadapan mereka.

“You sucks at giving pep-talk,man.” Alan geleng ketawa sambil menyambut tuna-wrap tu.

Hadi tak menjawab. Bahagian tuna-wrap yang tadi dibahagi dua di tangannya dipandang.Dicariknya sikit pita bread lalu dicampaknya ke tengah kolam.Berebut Canadian Goose tu mengejar cebisan pita di muka air.

“Thanks.” Alan bawa tuna-wrap ke mulut lepas baca doa makan.Ni namanya bekal lunch orang bujang.Tuang tuna,mayo,black-pepper dengan lemon juice dalam mangkuk.Kasi kacau.Lepas tu bentang pita bread,letak tomato,tuang tuna-mix,siram dengan sos,bungkus.Selamat duit dari kena beli makanan kat cafeteria kampus. Dia tak sempat buat lunch hari ni.Mujur la ada housemate yang murah hati macam Hadi.

“Berapa weight assignment tu?”

“25%.” Nafas panjang ditarik lagi. Tuna-wrap yang menuruni anak tekak dah rasa macam hampas tebu. Tadi baru dapat marks untukAssignement 1 Math 128 Calc. Kelas yang betul-betul elok je sebelum lunch-break ni. Ringan tapak kaki bila tengok marks yang kurang dari separuh tu.10.75.Maknanya dia hanya score 43.03% untuk assignment ni.Less than 49%, maknanya FAIL.Serabut kepala dibuatnya oi…

Hadi tarik earbuds dari telinga kiri.Dihulur pada Alan.Alan pandang earbuds tu dua saat.Kemudian pada Hadi yang masing merenung Canadian Goose tengah kolam.Kemudian tanpa banyak cakap dia capai dan sumbat ke telinga kanannya.

“Heart of Courage.” Hadi menutur sambil membawa tuna-wrap ke mulut.

“Two Steps From Hell.” Alan mengangguk pada Canadian Goose yang masih berenang dengan senyum segaris. Tuna-wrap yang tadi dilupakan dibawa ke mulut.

Sepi lagi.

"You really sucks at giving peptalk,man." Alan ketawa tawar sambil menggeleng.

“Nabi Nuh failed to get his son to be with him masa nak naik bahtera waktu banjir besar tu datang.” Hadi mencarik pita bread dari tuna-wrapnya. Angkatan Canadian Goose di tengah kolam tu nampak kebulur sungguh gayanya.

Alan mengunyah perlahan.Ditelan.Dia pandang Hadi.Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.

Angguk.Hadi kini membawa tuna-wrapnya ke mulut.Perut sendiri pun lapar juga. Alan turut sama kembali kepada lunch di tangan. Sepi kembali mengisi ruang.

“Great men.” Ujar Hadi kemudian setelah menelan suapan.Tapi mata masih juga pada muka kolam. “And they too,have failures.”

Kumpulan Canadian Goose yang tadi menunggu kalau ada lagi huluran dah bosan menunggu. Ketuanya dah mengajak angkatannya mencari makanan di jajahan lain pula. Hadi hanya mengikut dengan mata.Alan mengunyah tuna-wrapnya lambat-lambat.

“And they never really did stop trying for the better,didn’t they?”

Alan menarik senyum segaris. “You really did suck at giving peptalk,bro.” Sengaja.

Heh.Hadi hanya angkat bahu dengan senyum segaris yang sama.Heart of Courage dah sampai ke hujung lagu.

Matahari di tengah langit masih bersinar di tengah biru yang lapang terbentang.Hujan di hati pun dah reda agaknya.

_____________________________________________________________///

anekdot cerita dari Hlovate yang membuatkan aku fikir banyak kali. Sngat sukar menghadapi kegagalan, tapi percayalah apa yang kita rasa tu hanya sedikit.even, itu sebenarnya sebagai batu loncatan untuk h=jadi lebih baik..

Yang penting kita tak pernah berputus asa pada Allah. 
Orang yang gagal adalah apabila kalah, dia tidak bangkit lagi.
Tapi, orang yang berjaya, lepas menghadapi kejatuhan, dia tetap bangkit walaupun seribu kali!

Thursday, November 15, 2012

Doa Apabila Ditimpa Musibah

SALAM MAAL HIJRAH 1434H, hari ni 1 Muharam untuk hari pertama dalam kalender Islam.
Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar...semoga amalan yang kita jalankan sepanjang hidup kita sebelum ini dicatatkan sebagai amalan yang diterima Allah.
Semalam , dan kelmarin saya bercuti di rumah. Petang nanti akan pulang ke UTHM semula. 
Syukur semalam dapat membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Di masjid jamek Kluang, usai solat maghrib sesi ceramah berlangsung. Seorang penulis yang bernama Ustaz Umar Muhamad Nor telah menyampaikan ceramah. Ustaz telah berkongsi suatu amalan yang kala hati rasa resah dengan musibah..
lafazkan doa yang dibaca oleh baginda Nabi SAW ketika ditimpa musibah. Semoga mendapat manfaatnya ('',)

 HR. Abu Dawud 3/190, dan lihat Shahihul Jami’


 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ


خَيْرًا مِنْهَا 


"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. Doa istirja’ ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu  Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik” (HR Muslim 2/632).

Salah satu hikmah musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, adalah sebagai penghapus dosa-dosa -selain dosa syirik-, supaya kelak ia menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.


Agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik, Allah Ta’ala memberikan tuntunan dalam surat Al-Baqarah 156-157: “Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan: “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan shalawat (pujian) dan rahmah.

............................................

Salam Maal Hijrah 1434 :)

Tuesday, October 02, 2012

Puisi hari ke 30: Janji Hari Pertama Saat Kaki Ku Jejakkan


# Janji Hari Pertama Saat Kaki Ku Jejakkan 



hari pertama kaki ku dijejakkan
ke universiti himpunan ilmuan..
tekad sudah mula ku pasang..
takkan ku sia-siakan peluang
yang terbentang memberi ruang..

melihat kiri dan kanan..
biarpun ku rasakan asing,.
langkah tetap ku teruskan..

hari ini ku kenal ramai rakan..
yang lain dari episod hidupku
moga mereka bersamaku sepanjang perjalanan..

Hari pertama ketika itu,
ku berjanji pada Tuhan..
hanya pada-Nya ku serahkan perjalanan
takkan ku lepaskan pautan.,.

Hari pertama ketika itu,
ku berjanji pada kedua insan kesayangan..
ijazah kejayaan akan ku genggam
dan tidak ku lupakan ijazah iman
pabila keluar dari universiti perjuangan..

Hari pertama ketika itu, 
senyuman tidak lekang..
keterujaan jelas kelihatan,.
Namun, hanya Tuhan,..
mengerti betapa aku benar-benar kerisauan..

moga janji bukan sekadar omongan..
Wahai Tuhan, berilah daku bimbingan..
mengutip ilmu yang Kau izinkan..
jangan biar diri ini diserahkan..
pada diri yang penuh kelemahan,,



kerana janji hari pertama itu masih ingin ku sematkan
meski untuk selamanya sepanjang perjuangan..
kerana cita tertinggi setiap insan..
adalah menuju syurga abadi dibawah redha-Mu Tuhan 

#hari ini 1 Oktober 2012. Genap 30 hari aku bergelar mahasiswa di UTHM. Kepenatan dan kesukaran..memang satu rencah kehidupan sepanjang berada di sini.
Tekad..ku teruskan...berjalanlah tanpa henti , hafizah . insya-Allah..you'll find your way! :)







Thursday, August 09, 2012

Puisi Utusan Jawi- Ketika Kau Masih Sanggup


Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan teruskan berjuang !
Puisi karya Noor Hafizah Mazlan..ehem.hehe. setelah lama tak menukilkan puisi, akhirnya jadi juga..alhamdullillah




Utusan Jawi, 25 Jun 2012


Lautan dalam,
tidak mampu diduga,
kau di situ meniti hidup,
dalam selautan garam,
tidak mampu menyentuh,
memasinkan mu,
selama mana kau masih sanggup
untuk terus berenang,
kau masih segar menapis segala.
Kala kau tidak lagi berenang,
tiada lagi kau bertahan,
secubit garam ditabur,
kala kau terdampar kaku,
kemasinan memakan diri,
ketika kau tidak lagi berenang berlari.

10 januari 2012
Kluang,Johor
  

Pernah aye menonton Halaqah bertajuk Ikan Di Air Masin. Tajuk yang ringkas, tapi signifikan.
Tadi baru goreng ikan, terfikir analogi ni. Ikan yang masih hidup dalam air, apakah ikan tu masin? Air laut yang masin tu kalau kita terminum, pasti kita akan mudah dan cepat haus. Ataupun kita termuntah. punyalah masin. Tapi, Allah jadikan ikan sebagai makhluk laut yang hidup dalam keadaan yang baik walaupun dalam air laut yang masin.
Kehidupan ikan dalam laut yang masin, langsung tak memasinkan daging ikan tu sendiri. Tetap juga tawar. Cuba kita rasa daging ikan tu, memang tiada rasa masin langsung. Walhal, ikan tu memang sebati dengan air laut. 
Tapi, yang menjadi persoalannya, ketika kita nak menggoreng ikan tentunya kita meletakkan secubit garam, kan? Dan, cuba rasa ikan tu...mestilah masin kan?

Ye.,itulah dia..ikan yang tidak bernyawa mudah je masin apabila hanya secubit garam je diletakkan. Sedangkan sewaktu ikan tu hidup dalam air laut yang cukup masin tu tidak pernah memasinkan ikan tu. Subhanallah kan?

'ikan' yang 'hidup' sentiasa ceria!
Tapi, ini bukan sekadar cerita ikan je..tapi all about human sebenarnya.
Bulan Ramadhan ni bulan tarbiah atau sebagai intensif untuk mengharungi lagi 11 bulan mendatang.
Jadi, boleh dianalogikan kisah ikan ni sebagai orang yang masih punya hati dan iman yang hidup. Walau apa jua keadaan sekelilingnya yang tidak baik tidak akan boleh mempengaruhi dia . 
Bak kata Prof Muhaya, seorang yang hidup in to out, hidupnya lebih jelas akan tujuannya iaitu tujuan hidup kita adalah menuju Akhirat yang pasti.

Boleh dikatakan ikan yang hidup dalam air laut yang masin ini sebagai orang yang celik mata hati. Apabila, hati dan iman itu sudah tiada lagi atau sense of concious ni hilang, jadilah seperti ikan yang dah mati, letak secubit garam je..habis masin ikan tersebut.

Sungguhlah, bulan Ramadhan,.bulan tarbiah cinta daripada Allah. Apakah mampu tarbiah sepanjang Ramadhan ni kita apply dalam solat, kerja seharian, hati dan iman kita? 

11 bulan yang mendatang menjadi pengukur jua penyebab bulan Ramadhan dianugerahkan kepada kita.

Kedatangan Ramadhan itu bagaikan tetamu yang kita cinta, datangnya dinanti..perginya ditangisi..dan sungguhlah..kita menghargai tetamu itu kerana apa? kerana Allah.
Jadi, 10 Ramadhan terakhir ni peluang masih diberikan kepada kita..kita masih hidup hari ini,.tanyalah iman kita? nak keluar dari bulan Ramadhan in as a pure person atau...orang yang masih tak diampuni dosanya?

Jadilah ikan yang sanggup berenang dan berenang walaupun keadaan sekelilingnya masin..tapi, masih tidak mampu memasinkannya..Tetapi, apabila nyawa ikan sudah tiada ibaratnya  manusia yang sudah hilang hati dan iman..apa sahaja yang berlaku disekelilingnya sentiasa membinasakan dia..

Allahu Rabbi, jadilah kita seperti ikan dalam air yang apabila keluar daripada air, tak cukup nafas dan lemas. Itulah orang beriman yang sentiasa merebut pahala ibadah,.dan takkan pernah senang kalau tak buat perkara-perkara wajib dan sunat yang mendekatkan dirinya dengan Allah dan Rasul-Nya sepanjang hari. Berdoalah semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ketaatan. Semoga Allah redha akankita dunia dan akhirat.

Meskipun Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tapi,.kita tetap seorang hamba kepada Allah. Sembahlah Allah bukan Ramadhan. Ubudiyyah kepadanya itulah tujuan kita diciptakan.

Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan tu. insyaAllah. 
Wassalam  ^_^ 

20 Ramadhan 1433H



 

Sunday, July 29, 2012

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Assalamualaikum wbt. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Rasullullah SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.
Sebelum itu, salam Ramadhan Al-Mubarak. Saya baca buku ni sebelum bulan ramadhan, dan baru berkesempatan untuk buat sedikit ulasan . Walaupun bukan keseluruhan cerita saya nak sentuh, tapi saya nak lontarkan sedikit demi sedikit pengajaran daripada novel karya Buya Hamka ni.
Alhamdullillah. Habis satu lagi buku. Dan bertambahlah lagi ilmu. Dan, bak kata hukama, semakin banyak buku yang aku baca semakin haus diriku akan ilmu.
Buku yang menjadi tatapan untuk dua hari ini adalah novel karya Profesor Dr. Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Buku yang saya baca ni, adalah edisi asal dan menggunakan bahasa Indonesia ejaan lama. Tapi, bila dah mula masuk dengan ceritanya, masalah ejaan tu akhirnya tak menjadi sebuah masalah sebab ianya menambahkan lagi suasana lama. Ha, sebab latarbelakang cerita ni pun sekitar 60-70an rasanya.
Antara adat dan agama. Begitu kuat adat Minangkabau yang ada pada ketika itu sehingga akhirnya mengorbankan cinta dua insan. Ya, ia memang mengorbankan.
Kisah seorang anak muda dari Mengkasar  iaitu Zainuddin. Zainuddin, bagi saya  wataknya benar-benar banyak bermain perasaan, Luahan perasaan yang cukup mendalam dalam setiap bait surat yang dituliskan kepada Hayati, wanita yang dicintainya. Cinta terakhir Zainuddin.
Zainuddin diceritakan sebagai seorang yang sebatang kara. Pengarang memulakan cerita dalam cerita berkenaan bapa Zainuddin iaitu Pendekar Sutan. Pendekar Sutan merupakan anak jati dari kampung Minangkabau. Walaubagaimanapun, dia dihalau atas pertuduhan yang sengaja diletakkan ke atas bahunya. Atas pertistiwa itu, bapanya dibuang dari kampung halamannya sendiri dan dipenjarakan selama 15 tahun. Apabila keluar dari penjara, Pendekar Sutan berhijrah ke Mengkasar dan berkahwin di sana. Beliau menemui sinar hidayah di sana, hidupnya menjadi lebih baik dari sebelum ini hasil bimbingan daripada keluarga isterinya. Meskipun begitu, isterinya , Habibah meninggal beberapa bulan selepas melahirkan Zainuddin. Zainuddin menjadi yatim piatu pula ketika umurnya masih kanak-kanak iaitu selepas bapanya pula meninggal dunia Selepas ketiadaan kedua orang tuanya, Zainuddin tinggal bersama Mak Bese..
Zainuddin, kehadirannya di Mengkasar dikatakan anak pedagang dari Minangkabau. Lalu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Minangkabau untuk mencari sanak-saudaranya di sana. Dia mencari seribu harapan agar dia tidak merasakan keseorangan. Dan, ketika dia meninggalkan mak Bese itu, alangkah baik kalau dia tidak pergi.  Namun, apabila sampai di negeri Minangkabau itu, tidaklah semanis yang diharapkan apabila orang di situ juga menganggap dia hanya sekadar pendatang meskipun dia adalah anak Pendekar Sutan yang merupakan anak jati Minangkabau.
Dan, sebab musabab kedatangan dia bredagang ke Minangkabau itu adalah untuk bertemu dengan Hayati. –wanita yang menjadi sandaran hatinya.
Biar saya buka sikit apa yang saya dapat dalam cerita ini..mungkin tatapan anak muda untuk bercinta,.itu yang ingin disampaikan pengarang.
1.      Adat yang benar-benar membataskan kehidupan. Menurut adat Minangkabau, kekuatannya adalah bersandarkan dari sebelah ibu.Ibulah yang memiliki kekuatan dari sudut keturunan yang kuat. Malah, harta yang banyak dan keturunan bangsawan itu adalah golongan paling mulia. Zainuddin dipinggirkan kerana dia tidak memiliki bako (susur galur yang kuat pada sebelah ibu).
2.      Kasih Zainuddin pada Hayati sangat terserlah dalam setiap bait suratnya,.
Pengarang mengatakan , dia bukan mudah untuk meluahkan dalam kata-kata, hanya tulisan dapat mengatakan segalanya.
-Surat itu bukan diperbuat daripada tulisan tangan, tapi daripada jiwa!
 3. Bangkit selepas patah hati. Patah hati, jangan punahkan mimpi. Itulah yang dirasai oleh seorang yang patah hati. Fikiran-fikiran jahat sentiasa menguasai diri. Saya nak petik kata pengarang ~ Bukanlah putus asa itu sifat seorang yang masih hidup. Kerana yang berputus asa itu adalah sifat orang yang sudah mati. Dan, Zainuddin membuktikannya.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

4. Kisah percintaan dalam novel ni masih dibatasi dengan keagamaan. Zainuddin merupakan seorang yang berusaha menuntut ilmu. Itu yang bagusnya novel seperti ini. Anda yang sudah baca, pasti memahaminya.
5. Saya suka bab Jiwa Pengarang.  Saya berusaha mendalami perasaan dan jiwa Zainudin yang menulis dengan sepenuh hati sambil menumpahkan pengalaman langsung lewat karyanya.
Rasanya ini bukan ulasan. Hanya sekadar perkongsian apabila sudah tamat membaca. Macam-macam yang berlegar dalam fikiran. Sadis ataupun tak pada akhirnya? Macam biasa, saya akan cakap..hanya yang menghayati akan rasa sampai ke hati!