tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, December 10, 2008

Wajah langit yang tersenyum...

Salam hari-hari..dan hari ini barulah aye dapat mengemaskinikan blog yang sudah seminggu terbiar. Dan kini, selepas Hari raya Aidiladha disambut seluruh umat islam semalam, malam ni, baru aye berpeluang nak menulis catatan di sini. Baiklah, aye yang berbumbungkan langit bumi Kluang ,johor ni...nak berkongsi sesuatu yang memang bagi aye memang teruja bila melihatnya.
Pada hari Isnin minggu lepas, iaitu malam Selasa la...yang bertarikh 1 Disember 2008 dan bertarikh 3 Zulhijjah.

Ape ceritanya ye? Sebenarnya, hari Isnin ni memang suatu hari yang segala-galanya telah aye gunakan dengan membuat pelbagai kerja. Tak kisahlah kerja apa, macam menulis, melukis dan macam-macam lagi berjalan-jalan asalkan memang tak duduk diam. Memang nikmat kalau gunakan masa ni dengan baik, terutama musim-musim cuti sekolah ni. Tahun depan...yahh! segala-galanya kena kejar!

Ok, back to the story...
Sebenarnya, malam ni...lepas siang dah penat berjalan, malamnye aye kurangkan sedikit aktiviti yang dah aye buat siangnye.
Dan usai solat Maghrib, aye keluar sekejap tengok adik aye yang pegi ngaji dihantar oleh sepupuku~kak nina, am dan elly. Dan masa tu...tak perasan lagi!

Lepas solat isyak, mama ayah ajak keluar. Dan masa dalam perjalanan nak pegi bandar la...
"Apehal diorang amek gamba ni?" beria-ia aku nak tahu. Aku kehairanan. Semua orang memandang ke langit. Lantas aku turut memandang ke langit.

"Perh,...cantiknya! Meluncur perkataan tu dari mulutku. Subhanallah! Terasa lain macam pulak malam ni.

Inilah dia...gambar ni sebenarnya bukan aye yang ambik masa bulan sedang muncul tu.
Masa tu memang terpaku tengok bulan sabit macam terbalik! hehe...dan dikelilingi bintang-bintang berkelipan disekelilingnya. Betapa indahnya ciptaan Allah itu, ada pulak 2 mata! Nampak la macam wajah orang senyum... :)...ha..memang cantik. Benda ni tak tahu lah masuk liputan berita ke tak...walaupun mesti ada orang yang anggap ni hanya biasa...takde pape pun...tapi, bagi orang yang Kluang masa tu.,...mesti teruja habis!

Namun, aye dapat perasan dan menikmatinya hanya untuk 1minit je! Pukul 8.40 malam. Itupun kawan aye yang bagitahu. Terserempak kat tepi jalan.
Tapi, mama ayah tak dapat pulak peluang nak tengok...pasal masa tu, aye dan Along pegi tempat lain.
Walaupun hanya seminit, namun sudah cukup buat aye kagum! Lebih-lebih lagi aye memang minat sangat dengan bidang Sains Angkasa! Bagaikan melihat wajah langit yang sedang tersenyum..hehe..

Memang kalau ada kesempatan, aye takkan lepaskan peluang melihat langit yang cantik. Tak kira siang atau malam. Kalau siang, tengoklah awan-awan yang dicorak cantik. Itupun, kalau takde awan mendung yang berarak...dan tatkala malam, lihatlah wajah langit yang terbentang luas yang indah apabila dihiasi bulan dan bintang yang berkelipan. Ternyata ALLAH MAHA KUASA.

Apabila melayari lautan, tatkala kaki menginjak tanah...maka pandangilah wajah langit ketika kegelapan menjelma....lihatlah bulan dan bintang-bintang...sesungguhnya kebesaran ALLAH itu akan menyelinap dalam hati kita dan ia akan terserlah selagi kita mau berfikir

Bintang-bintang yang ALLAH hiasi di langit bukan sekadar hiasan semata-mata. Malah ia menjadi bahan lontaran kepada syaitan dan ia juga dicipta adalah untuk membuatkan manusia memikirkan betapa kejadian-kejadian ini, punya hikmahnya.

Erti hidup...semakin lama kita hidup, pastinya kita semakin kenal erti hidup, dan kerana itulah kita harus sentiasa berpaut pada tali ALLAH, agar langkah-langkah kita tidak tersasar dari taliNYA.

Wallahualam

sangratu, 10 Dis o8, Selasa, 13Zulhijjah 1429

No comments: