tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, March 16, 2010

Terpilih: Program Latihan Khidmat Negara

ASsOlatu WasSalam



Erm,  saat mula mengetahui anda terpilih untuk PLKN apakah yang anda rasa?”, cikgu aye bertanya. “rasa teruja, takut, tak mahu pergi bercampur baur jadi satu”, aye menjawab pertanyaan ‘maut’ cikgu. Tahniah kepada siapa yang dapat! Bebudak kelas bersoarak sorai.

“ Fizah, cek la PLKN, mana tau dapat…”, kawanku berbicara. Pernah aye cakap, kalau aye dapat pun best juga. Pasal aye minat benda-benda lasak nih. Kalau kem, memang la muka-muka ni juga yang berminat. Itu sudah pasti ayat yang difikirkan oleh cikgu.
Berdebar-debar jugak nak cek nih…dalam fikiran aye, kalau dapat, macamnne yek? Kalau tak dapat? Bagus ke? Aye punya perasaan 50-50. suka atau tak? Adalah diantaranya. Gerek tol..huhu..

PLKN ni memang buat budak-budak yang gediks atau yang jenis jaga kulit (kononnye..ataupun malas)..pasti akan melenting kenapa diorang terpilih. Agak kecoh juga lah bebudak yang terpilih. Dan yang tak terpilih, rasa lega sangat2            !
Yang dapat pergi, TAHNIAh cikgu2 ucapkan…

Hai lah.. budak baru lepas sekolah,
Jangan lepak-lepak tak tentu arah,
Pergi PLKN dapat pengalaman indah,
pastinya tak membuang masa korang daa

Kerajaan dah mengabihkan berjuta-juta hengget dah untuk PLKN ni. Aye memahami objektif utama plkn ni. Ianya adalah untuk mewujudkan sifat patriotisme dalam diri setiap budak-budak remaja Malaysia.

Aye belum pergi lagi. Dan, insyaAllah, aye akan pergi untuk Kumpulan ke-2. Yeah..3 bulan lah terpaksa ‘hilang’ daripada blog MataPenaALsunAn nih..waa…
Jadi, kawan-kawan? Ada yang dapat PLKN? Atau ada yang dah pergi PLKN? Kongsi-kongsilah cerita korang..
Biarlah bakal-bakal pelatih ubah persepsi terhadap PLKN nih..setidak-tidaknya, hati tu tak menyesal kerana terpilih. Semua ada hikmah.

ciliPadi: sihat-sihat semua budak-budak yang keluar PLKN nih…mesti banyak makan kat sana..huhu..

3 comments:

Shukri Mohd Ali said...

Salam.

Saya bekas pelatih PLKN tahun 2007...sesi kedua.

Mulanya takut, malas, menyampah dan menyumpah kenapa terpilih.

Masa mula2 masuk lagi la...dengan pegawai yang muka ketat dan menyinga, dengan kawan2 yang asyik menyombong, dan gadis2 gedik yang asyik "eeee...", "uuuuu...", "ish..." hadoi, sangat menyeksa mental.

Tapi, akhirnya, setelah 3 minggu sesuaikan diri, segalanya berubah...menjadi baik dan mesra.

Latihan tetap latihan...peraturan tetap peraturan...namun semua itu dah tak susah bila dah biasa.

program2 dalam PLKN semuanya bagus dan hebat...membina jatidiri dan memberi semangat baru. chewah!

dan kami semua menangis bila habis latihan. buruk betul muka bila tengok dalam video. huhu. sedih terpaksa berpisah, sebab dah jadi satu keluarga.

akhir kata, siapa yang tak dapat PLKN, rugi amat!

*cilipadi=hafizah* said...

wassalam!
hoho...ada senior la..
aye baru je balik daripada kem...
masih terbayang-bayang gak aktiviti-aktiviti yang hari-hari selalu kita buat...tetiba, balik jew...aktivitinyer lain drpd yang kat kem tu kan...
memang kenangan pahit, manis tu mmg tak lekang dari ingatan,...PLKN kK@ Siri 7/10...
Memang banyak pengajaran aye dapat kat sana...
PLKN ni macam sebuah kehidupan kat kampus bagi aye..
dan kat situ la jugak...
A New Tale Has Begun...:-)

billion chong said...

looking for any PLKN gift or PLKN Alumni gift.Visit us at PLKNgift.blogspot.com