tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, July 14, 2013

alasan 'Kenapa Aku Mencuri?'

Assalamualaikum,
salam sejahtera.

Ke hadapan,.ibu dan ayah, kakak abang,  kenapa aku mencuri? Jangan salah faham pula. Ini saya nak buat review sikit tentang sebuah drama yang dah lama ditayangkan tapi saya baru je menontonnya.  .Tajuknya sensasi. Kenapa Aku Mencuri.
Dalam hati saya bolehlah orang orang yang nak mencuri tu ambil kesempatan dan berasa mencuri tu takpe kalau bersebab.

tapi, nanti dulu haruslah dihadami dulu cerita ni. cerita ni lebih kurang sama juga dengan situasi dalam cerita Arman.  Mungkin cerita ni dah lama tapi bila saya rasa cerita Melayu pun ada yang baiknya tak kurang juga ada cerita yang mengarut. Jadi, ketepikan yang mengarut kita tengok cerita yang berpengajaran yang baik.

Sinopsis dari astro prima,
Kisah bermula ketika Pejal, Ajak, Sham dan Lan sedang kemaruk membelasah Zul sambil diperhatikan oleh Hamid. Sesekali Hamid akan membantu dengan melepaskan sedas dua penumbuk ke tubuh Zul tanpa belas kasihan. Keriuhan suara mereka membuatkan para penduduk kampung menghampiri dalam keadaan tertanya-tanya. Sebaik mendapat tahu Zul dipukul kerana mereka menangkapnya ketika sedang mencuri kambing, hampir semua penduduk kampung melempiaskan kemarahan masing-masing dengan menampar dan menumbuk Zul seorang demi seorang. Melihatkan Zul telah lembik dan tidak berdaya untuk berdiri lagi, Hamid lantas mengarahkan agar ‘budak-budak’nya mengikat tiga batang buluh di belakang tubuh zul bagi memaksanya berdiri. Setelah arahan itu dilaksanakan, Pejal lantas menyarankan agar Zul dihantar ke balai sahaja, namun Hamid masih belum selesai dengan Zul. Hamid mahu mengajar Zul secukup-cukupnya dan seterusnya menjadikan teladan kepada mereka yang lain agar jangan nak buat hal di kampung mereka. Hamid mahu tangan kiri Zul dipotong!


Hamid (Eman Manan) dirujuk untuk mengendalikan kes Zul. Dia merupakan seorang pesara tentera yang tegas dan sangat keras kepala. Dalam cerita ni, nampak betapa Pak hamid ni memang tak sabar-sabar nak menghukum Zul (Zul huzaimy ) ni. sebab bagi dia dah terang lagi bersuluh yang Pejal(Faizal hussein) ni tangkap Zul.
Tapi, atas nasihat Pejal, Hamid mendesak dan bertanya pada Zul kenapa dia mencuri. 
Realiti masyarakat yang hidup dalam kemiskinan tegar. Zul bertanggungjawab menanggung adik dan ibunya yang sering sakit. Rumah yang diduduki tu pula rumah sewa.
Saya tengok wtak ni, sangat kekurangan dan sangat tertekan dengan kehidupan yang miskin, tapi tetap berusaha nak tolong keluarga. Zul ke bandar untuk mencari wang untuk membiaya ubat-ubatan ibunya yang sakit. Dia melakukan kerja mencuci pinggan, malangya dia terserempaka dengan penyamun, lalu habis duitnya disapu. Zul pulang dengan tangan kosong.
Dia balik ke rumah. Dalam keadaan itu, dia melihat adiknya menangis kerana kasut sekolahnya koyak rabak. Sedih juga bila Zul seorang abang yang sayang pada adiknya, dia menjahitkan kasut adiknya. Tapi, adiknya tidak berpuas hati sebab kasut tu dah banyak kali dijahit. Nampak tak betapa tertekannya. Hal ni buat Zul makin tertekan.

Zul ni sekolah pun sampai darjah 6. Sijil atau kelulusan takde. Ada pakcik sedara pun tidak mahu mengaku dia anak sedara. Membantu apatah lagi. 

Apa yang dapat kita tengok dalam cerita ni, apabila zul bercerita satu persatu permasalahan dia, orang kampung mendengar. Tapi, ada satu ayat Zul ni kata masa curi ayam tu, katanya "duit ni daripada aku beli dadah, baik aku pergi bagi mak dan adik aku makan lagi bagus."
Nampak betapa terdesaknya hidup. Masyarakat yang hidup sekeliling dia tu pun bukannya orang-orang susah. Tapi, tidak denye nak membantu sangat. Mungkin masing-masing sibuk jaga periuk nasi masing2. Sampai ada kesusahan jiran-jiran pun tidak endah. Zul ni sebenarnya terpengaruh dek kawan dia yang mengajak dia pergi mencuri lepas Zul betul2 hilang punca nak cari duit .

Bila Zul dah habis bercerita tu, Hamid dah bersedia nak menghukum Zul. Dia kata walau apa pun Zul bersalah dan perlu dipotong tangan. Orang kampung masing-masing tak sanggup. Mereka dengan terbuka hati nak halalkan apa saja yang Zul amik tu. ayam, kambing.
Masing-masing dari marah bertukar simpati. Sungguhlah,kekadang kita menghukum seseorang,.tapi kita tidak juga menghukum diri sendiri. Kita lupa yang kita juga ada tanggungjawab ke atas orang lain. Orang yang susah macam tu.
Zul yang muka berdarah-darah tu berasa terharu. Adik da ibunya yang dari tadi merayu-rayu pada Pak Hamid supaya tidak potong tangan Zul berasa lega.

Keseluruhan cerita,setiap orang melakukan kesilapan. Apa yang penting apabila kembali ke pangkal jalan bertaubatlah. Jangan ulang kesilapan tu lagi.
Kebanyakan orang-orang kampung yang bila dengar cerita Zul yang mencuri terus nak belasah Zul sampai lembik. Seharusnya mereka kena dengar penjelasan dan  faham biarlah kita tersalah ampun, dari tersilap menghukum.

kita semua harus mengaku yang kita semua perlukan duit untuk terus hidup. Dengan keadaan bermacam-macm barang yang naik harga dan kos hidup yang semakin tinggi . Realitinya adakah insan yang susah dan dihimpit macam ni masih ada dalam dunia? jawapannya ada . Si miskin yang terdesak dan si kaya yang terus sombong tidak ingat dunia.

Allah, betapa indahnya bulan ramadhan yang mulia ini. Kita dapat hayati kesusahan orang lain. Kesusahan yang dirasa apabila tiada keamanan, hujan peluru jadi rutin. 
Allahu, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur dan dapatlah kami berkongsi rezeki dengan hamba-Mu yang lain.

Sebagai anggota masyarakat, kita tak boleh buat tak endah atau sengaja tidak ambil tahu hal sekeliling. ada orang tak makan, ada orang sakit tapi kita tidak tahu.
Allahu Rabbi, nikmat yang Allah kurniakan akan lebih berharga bila kita berkongsi dengan orang lain.

Insyaallah, ada jalannya...

Salam, 
5 Ramadhan 1434H






No comments: