tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, July 14, 2013

Ujian Hidup: Kesempitan dalam sebuah kisah (Arman) tv3

Assalamualaikum,

Entri kali ini berkisarkan tentang sebuah kesusahan. Ujian dari Tuhan kepada umat manusia. Dan kesusahan itu bagi tiap orang berbeza. Dan kerana itu, kita hidup ni saling bantu-membantu.

Semalam, selepas selesai tarawikh sempat menonton sebuah drama. 
Sebuah drama bertajuk Arman. Lakonan Beto Kushairy.

sinopsis.
 Kisah kesusahan dalam masyarakat marhaen.
Arman merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia bertanggungjawab menjaga keluarganya selepas kematian bapanya. Situasi yang menghimpit Arman sangat-sangat mendesak. Ibunya mengalami penyakit buah pinggang. Adiknya pula sedang bersekolah dan memerlukan biaya untuk meneruskan pelajaran.

Arman berhijrah ke KL untuk mendapatkan kerja dengan gaji yang dapat menampung kehidupan keluarganya. Tiada sebarang kelulusan mahupun sjil, Arman mencari kerja dan yakin bahawa ada rezeki untuknya dimana-mana, yang penting dia perlu berusaha. Di KL, Arman dapat sebuah kerja. Dia bekerja bersama seorang penjual sayur di pasar. Dia dan seorang gadis, Siti yang merupakan anak tauke perniagaan tu semakin rapat. hari demi hari Arman bersyukur kerana rezekinya hari emi hari membantunya dan keluarganya untuk meneruskan hidup. Ibunya di kampung yang sakit memerlukan kos rawatan yang tnggi.

Konflik terjadi, apabila penyakit ibu Arman semakin kritikal. Kos rawatan untuk pembedahan sebanyak rm 12,000 perlu ada. Arman semakin tidak keruan. Dia sangat memerlukan duit sebanyak itu namun tidak tahu bagaimana boleh dia mendapatkan duit sebegitu banyak. Hamdan , rakan tempat sekerjanya, yang sikapnya pemalas dan sedikit loklak (macam penagih dadah sikit) mengajak Arman untuk membuat kerja mencari duit dengan cara yang mudah tapi sebenarnya cara yang memilih sisi gelap dan hitam. Cara dengan mencuri.

Arman diperdaya kawannya yang sebelum itu telah menyamun duit Arman yang dikumpul untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sakit. Tapi, Arman tidak tahu hal itu.

Klimaksnya, Arman terlibt dalam konspirasi mencuri duit sebanyak Rm 90,000. Dia pula yang melarikan duit itu atas arahan ketua geng yang menjalankan perompakan itu. Hamdan sekali memperdajal dengan mengatakan tidak perlu bagi duit tu pada bos mereka. sebaliknya, bawa balik dan gunakan sahaja. Hamdan mengambil separuh dari duit tu dan selebihnya diberi pada Arman. 

Lumrah manusia, tidak akan senang apabila berbuat salah. Lebih-lebih lagi , Arman yang baru terlibat dalam kancah jenayah. Dia serba tidak kena. Orang-orang geng rompak itu memcari dia. Kerana Hamdan sendiri telah memberitahu yang Arman telah kebas semua duit tu. 

Keseluruhan cerita ni, kesusahan yang sangat meghimpit. Akhirnya duit tu tak dapat digunakan juga sebab Siti yang diminta Arman untuk memasukkan duit ke dalam bank adik Arman, Ecah untuk kos rawatan mak mereka. 
Tapi, duit tu dipulangkan balik pada geng rompakan tu. Sebab Siti bimbang keselamatan Arman yang teruk dibelasah. Arman tidak berpuas hati dan geram dengan perbuatan Siti
Tapi, nak buat macamana lagi,.duit yang tidak halal sememangnya serba tidak menjadi.
Kalau jadi pun, hilang keberkatannya.

Ibu Arman meninggal dunia. Arman tidak dapat menerima hakikat dan hilang ingatan. Dia menjadi orang gila. 

sedang dia berjalan-jalan sekitar tempat orang ramai, dia hampir dilanggar kereta. Kereta itu kepunyaan seorang Dato. Dan dato itu membawa Arman pulang ke rumahnya untuk diberi rawatan.

ringkas, Arman kembali mengingat apa yang telah berlaku setelah rawatan diberikan. Trauma dia ni sangat dalam. 

.............................
Cerita ni juga mengingatkan kita akan suatu kesusahan yang dialami oleh orang lain yang memang kita tidak tahu. Atau istilah lain kita tidak mahu ambil tahu.

Tadi, Ustazah Hafizah dalam Usrati di IKIM.FM mengatakan, seorang anak yatim yang tinggal di asrama dimarahi oleh penjaganya. Ditengking, diherdik dengan keadaan yang sangat tegang. Bila ustazah Hafizah melihatnya, dia datang bertanya.

Rupanya budak ni dimarahi sebab dia mencuri. Sepanjang ramadhan tu, dah dua tiga kali dia mencuri.
Bila ditanya sebab apa dia mencuri sebabnya dia nak sangat macam kawan-kawan lain.

Budak ni hanya mencuri rm 1.50 sahaja. Tak lebih dari itu.
Dia membawa duit tu untuk pergi ke bazaar ramadan nak beli makanan untuk berbuka.

Ustazah bertanya lagi, kenapa tak cukup ke makanan yang diberi di sini?"

Situasi adik ni,..kawan-kawan dia yang ada ibu atau bapa ni, beli makanan sedap-sedap dan makan. Adik ni hanya mampu melihat sahaja. Dia tidak ada duit nak beli dan hanya makan apa sahaja yang diberi asrama. Kalau lauk hari tu ikan goreng je, itu sahajalah yang dimakan.

Dengan duit Rm 1.50 tu, dia dapat beli satu roti john, dengan air sirap bandung. Betapa dia suka sangat. Tapi, bila dapat ditangkap,.dia menangis semahunya. Keinginannya seolah-olah terhalang.

Bila ustazah mendengar hal itu, air mata mengalir. Alangkah alpanya kita. Alangkah senang nya kita dengan rezeki yang kita ada. Tapi, dalam masa yang sama ada insan yang mengharapkan sedikit keenakan dan sedap untuk menikmati makanan, tapi tak mampu. sebab memang tidak ada siapa yang nak peduli. 

Yang sepatutnya dimarah, diherdik adalah kita ni sebagai orang sekeliling. kenapa kita tak nak dengar apa yang Allah firmankan dalam Al-quran? bahawa orang yang membantu anak yatim dan orang membantu mereka yang dalam kesusahan itu sentiasa mendapat naungan Allah.

Allahu Rabbi...kerdilnya diri. Lepas tu, ustazah itu menyarankan agar siapa-siapa yang berkemampuan, untuk memberikan sedikit kesenangan dan berkongsi bersama anak-anak yatim yang ada di sekolah tu. Moga jangan ada lagi macam ni.

Benarlah, di Palestin , Syria, Rohingya dan dimana-mana sudut di muka Bumi ni ada orang yang susah. Bersyukurlah kita, dengan bersyukur itulah kita menghulurkan bantuan dan ringankan beban. tidak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Allah.
Bantulah hamba-Mu melakukan kebaikan dan bantulah hamba-Mu ini menguruskan rezeki yang telah kau berikan.

Dalam rezeki yang kita ada ini sebenarnya ada bahagian orang lain untuk dikongsikan bersama.


Salam,
5 Ramadhan 1434H
14 Julai 2013


No comments: