tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, February 05, 2010

Ada apa dengan Hijab Sang Pecinta karya Ramlee Awang Murshid?

ASsOlatu WasSalam


Setelah mengenali dan sudahpun jatuh hati pada sang pecinta dan segala
jejak langkahnya ku hayati selama aku turut 'mengembara' dalam
Bagaikan Puteri dan Cinta sang Ratu...Dan penantianku
berakhir...menunggu Laksamana Sunan ...Dan aku akan teruskan
mengembara lagi dalam Hijab sang Pecinta


Pabila melihatkan kulit bukunya~ seorang lelaki menghunus kerisnya ke
hadapan, sudah cukup mbuatkan aku menggigil pula nak habiskan
pengembaraan Laksamana Sunan ni. Tapi, aku gagahkan juga untuk
meneruskan perjalanan ku "mengembara" dalam novel ni.


Lelaki berduka dari Tanah Rencong itu kini meneruskan perjalanan dan
derap langkahnya dengan tabah menuju ke Tanah Melayu. Kerinduan yang
dirasakan terasa menghambat sekujur dirinya dan seakan laungan suara
hati yang kuat daripada ahli keluarganya di Punggor, Tanah Melayu
kedengaran. Walaupun berat hati meninggalkan Acheh, tanah
kesayangannya juga , namun darahnya tetap darah Melayu tidak akn ia
membutakan hati. Tanah Melayu tetap tanah airnya. Sepanjang perjalanan
Laksamana Sunan, setiap derap langkahnya, diiringi dengan bisikan
dendam makhluk-makhluk Allah yang dilaknat yang dendamnya yang tiada
berkesudahan terhadap wali Allah itu. Namun dengan seluhur hati sang
pecinta Tuhan itu, dia berusaha dan terus bertawakal kepada Allah
Azzawajala.


Setelah diimbas semula, segala kejahatan yang berlaku selama ini
segalanya bertitik tolak dengan dendam bara Taghut ~Suku-sakat iblis
dan syaitan. Inilah dia kisah peperangan di langit yang berlanjutan ke
Bumi sebermulanya penciptaan Adam a.s lagi. Taghut memulakan
strateginya dengan mempergunakan Maharani~Ananta semata-mata bagi
memburu seorang lelaki yang bergelar Laksamana Sunan. Betapa merah
menyala dendam yang telah ditanamkan di dalam dada manusia-manusia
yang buta tulinya menilai kehidupan di dunia ini. Dan selagi Saifudin
berpegang kuat dengan tali Allah, selagi itu, kuasa ALLAH melebihi
segala-galanya akan sentiasa sahaja kemenangan itu pasti akan
mengalahkan kejahatan.


Berbalik semula dengan musim ketiga~Hijab sang Pecinta, terbongkar
segala rahsia yang selama ini disimpan dalam Cinta Sang Ratu, Manggala
itu seorang sida dan seorang Yu Nak.berasal dari Tibet.Kerana gagal
mengawal segala kebutaan mata hati lantas gagal mentafsir segala
kebaikan mahupun kejahatan tanpa ragu-ragu terus sahaja menerima
tawaran Taghut dengan jaminan dia pasti akan menguasai dunia. Taghut
yang telah kecewa sendiri apabila gagal menguasai Maharani yang
akhirnya tumpas di tangan anak menantunya sendiri. Bukan tewas secara
kekasaran, tapi keluhuran hati Laksamana Sunan yang membuatkan
keinsafan hadir perlahan-lahan di hati Maharani.


Sememangnya membaca novel trilogi ni sememangnya memerlukan
penghayatan yang tinggi dan setelah itu pasti anda akan terasa segala
setiap ilmu yang disampaikan oleh pengrarangnya seolah-olah menusuk
hati. Itulah yang saya rasakan. Sementelah itu, Taghut yang telah
mempergunakan Manggala sebagai binatang tunggangannya tidak jemu
menjejaki ke mana langkah Laksamana Sunan itu. Tapi, walau macamana
pun cara Taghut dan balacinya itu ingin membinasakan Laksamana Sunan
itu, namun, kuasa Allah mengatasi segal-galanya. Sunan sentiasa dalam
jagaan Allah. Maka, akan menggelupurlah Manggala itu setiap kali dia
ingin membinasakan Saifudin walaupun dia menggunakan pelbagai helah
sekalipun
Sememangnya DENDAM ITU BARA, MARAH ITU API! Panji Tengkorak pula
ditubuhkan! Gara-gara ingin mendendami seorang lelaki bergelar
Laksamana Sunan yang telah berjaya menghapuskan Nyi Burga Kelara yang
kononnya adalah moyang kepada Guntur dan Sari.


Pelbagai halangan dan rintangan harus Laksamana Sunan hadapi.
Sementelah segala makhluk-makhluk terkutuk sedang memburunya, dalam
ketika itu juga, ahli keluarga di Tanah Melayu melalui suatu kejadian
yang menyayat hati. Ibunya, Sulimah terlalu merindui buah hatinya itu
sehinggakan sesuatu terjadi padanya, pun adalah akibat daripada dendam
seorang manusia yang mmebuta tuli mempergunakan orang lain demi untuk
melunasi dendam di hati terhadap orang lain.


Kejahatan terus berleluasa. Haryani terseksa dalam keterpaksaan
menjadi buruan manusia yang buta mata hatinya~Rajikin yang telah
berjaya mencekup Haryani untuk menjadi korban Manggala yang ke 100.
Haryanilah kunci untuk menghidupkan haiwan tunggangan Taghut itu.
Segala-glanya bertitik tolak dari kurun ke 15 lagi!


Berita kepulangan Laksamana Sunan ke Tanah Melayu sampai ke
pengetahuan Sultan Melaka walaupun telah diberi amaran untuk
merahsiakannya, namun manusia dengki telah membongkar cerita hingga
Saifudin menjadi buruan istana. Namun, kejernihan wajah hamba Allah
yang dicintai itu, membuatkan musuh-musuhnya ada yang turut terkesan
melihatkan keikhlasannya dalam memerangi kejahatan, inikan pula insan
yang smemangnya mempunyai ilmu tinggi yang tidak sampai hati untuk
membiarkan Sultan sewenang-wenang menghukum, lantas Laksamana Sunan
digesa untuk pergi jauh dari Tanah Melayu. Kali ini, Saifudin harus
meninggalkan keluarganya walaupun terasa berat yang memberatkan
pundaknya.


Inilah dia Hijab Sang Pecinta. Sesuatu berlaku ke atas Saifudin yang
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui disebalik kejadian yang berlaku . Dia
yang menyangka cuma terlelap seketika walhal dia sudah berada di abad
ke21. Setelah sedar, segala-galanya berubah. Cuma hati dan keimanannya
sahaja yang masih setia melekat di hati Walau terasa serba
kecanggungan , Saifudin tetap cuba bertenang dan berusaha membiasakan
diri dalam zaman peradaban yang jauh berubah dari zamannya. Lantas,
dia menerima bahawa inilah ujian ALLAH
bahawa dia dipilih untuk terus memerangi kejahatan yang selami ini
ditegakkan oleh makhluk yang menentang ALLAH. Dia menghapuskan
Manggala dan menyelamatkan Haryani.
Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani di zaman berbeza malah
kisah kasih yang melangkaui masa mekar semula.


.
Walau kemanapun langkah kita kejahatan pasti akan mengekori dan
membayangi kita. Keyakinan yang cukup pada Allah pendinding
segala-galanya. Novel ini benar-benar mengajar kita untuk sentiasa
berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH . Kerana ALLAH tidak jauh,
rintihan kita sentiasa didengari. Pasti anda akan berasa bahawa
terlalu banyak beban yang disandarkan di bahu Sunan, tetapi
sebenarnya, walaubagaimana susah pun, sebenarnya segala kesusahan itu
menjadi suatu kebaikan buatnya manakla segala kesenangan itulah ujian
buatnya. Ya, kisah trilogi ini menyedarka saya sekali lagi bahawa
dengan izin ALLAH, apapun tiada yang mustahil. Maka, kita hanya layak
berusaha, tetapi yang mengukur dan menentukan hasilnya adalah ALLAH.


Jadi, apa yang berlaku pengakhir bagi Trilogi Laksamana Sunan ini?
Walau apa jua yang menjadi pengakhirnya yang akan membuat anda kecewa,
sedih, tak puas hati, tetapi percayalah..hati anda akan terubat bila
anda menilai cerita ini dari sudut jalan cerita dan kecekalan
watak-wataknya. Bagi saya, trillogi ini bagaikan karya sastera yang
membantu memantapkan penulisan Bahasa Melayu saya. Karya
sastera Melayu harus dikembangkan serata meluas agar generasi akan
datang tidak akan terpinga-pinga bila ditanya mengenai sastera
Melayu. Jadi, apa yang saya boleh katakan secara ringkas mengenai
trilogi ini ialah, Teguh hati pada ALLAH. Memang ramai kawan saya
bertanya, seronok sangat ke cerita RAM ni sampai khusyuk sangat ko
baca? Kalau tanya saya, bacalah demi nama atas nama cinta pada ALLAH.
Ya, kasih sayang, misteri, pengembaraan dan pelbagai lagi kisah
bersalut satu dalam novel ni. TAK KENAL MAKA DAH CINTA, DAH KENAL
PASTI ANDA ANGAU JADINYA...para penggemar cerita pengembaraan, kisah
ini tidak akan membuat anda kecewa..


Sekian,salam ukhwah fillah






-- 28/11/08

p/s: ulasan ni telah lama aye buat dan simpan..sekarang, novel ni boleh jadi sebagai sumber inspirasi aye kalau nak menulis nanti..

5 comments:

Abgbent said...

Waduh! indah sungguh kata-kata yang terukir di sini, bak sutera halus melambai-lambai ditiup bayu. Terpikat hati sanubari menelaah setiap bait-bait kata yang terjelma di sini. Akan terus berkunjung ke sini selagi ada kekuatan untuk menafsir bersama-sama tentang rahsia dunia yang belum habis diselongkar kesemuanya.

Sungguh pedas sekecil cilipadi ini :)

*cilipadi=hafizah* said...

Hehe..terima kasih byk2 Abgbent yang sudi menilai hasil kerja tangan ku..huhu..
terima kasih juga sebab sudi singgah diblog aye yang tak seberapa ni..
selongkar jangan tak selongkar, abgbent.. sepahkanlah komen2 anda di sini..hihi..

akakcomel said...

karya2 RAM sentiasa mebuatkan kita berfikir luar kotak!
Dah baca 9nyawa?klu dah bc, btlah ulsan..
apa2pun, kt tgu Lksmna Sunan kembali!

*cilipadi=hafizah* said...

haai..akakcomel!
9nyawa? hehe..lum bace lg, insyaAllah dlm masa tdekat nih!
ha..mmg sedang menati..laksamanaku kembali! Cinta Sufi!
Harap2 lebih menyengat!..:-)

Miela Tahril said...

ramlee awang murshid nye cite sume best