tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, February 14, 2010

Coretan nasihat seorang senior

ASsOlatu WasSalam

Aye mula minat jalan-jalan pergi blog orang lain. Terutama blog motivasi. Ha, pastu memang rajin bagi komen. Dalam banyak-banyak komen yang ku taburkan, inilah dia ada seorang abg yang namanya AbgBent. Nasihat yang amat berguna. Semoga menjadi manfaat untuk semua. terutama kawan-kawan aye dan semua pembaca blog ni! ha...

Ujian Peperiksaan... Nasihat buat adik cilipadi

*Coretan buat adik-adik yang akan menghadapi exam, termasuklah adik gadis cilipadi*


Ooo… akan menghadapi peperiksaan SPM yer… semoga berjaya…
Dan nasihat abg, jangan studi last minit. Buat latihan banyak-banyak agar mudah menjawab soalan-soalan peperiksaan itu kelak.
Latihan tubi untuk memahirkan diri memang bagus sekali. Tidak kira sama ada subjek itu kena menghafal atau kena berfikir. Sekiranya adik membuat latihan tubi dengan mencuba dan menjawab pelbagai bentuk soalan, abg pasti adik tidak akan menghadapi banyak masalah ketika menjawab soalan-soalan exam itu nanti.
Usah dilupa juga untuk mengiringkan DOA pada-Nya di dalam setiap usaha-usaha yang dilakukan. Sesungguhnya DIA yang berkuasa di atas segala-gala usaha kita.
Abg harus mengatakan bahawa pengalaman hidup semasa belajar di universiti dahulu memang terlalu indah dan banyak jugalah kenangan manis yang terukir.
Kalau dibanding zaman persekolahan di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, pastilah abg memilih universiti kerana pengalaman hidup banyak dipelajari semasa di universiti. Memang cukup indah dan penuh bermakna… Rasailah sendiri nanti. Bak kata Astro, macam-macam ada!.
Semoga adik gadis cilipadi akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading nanti. Menara gading adalah simbol kejayaan perjuangan semasa di sekolah menengah. Andai adik berjaya menjejakkan kaki ke situ, bermakna adik telah melepasi satu lagi cabaran di dalam pendidikan akademik.
Sekali lagi abg doakan semoga adik akan berjaya! Peluang datang hanya sekali. Memang kita boleh mengulanginya, tetapi bukankah lebih baik melakukannya hanya sekali usaha sahaja dan terus berjaya...
Berbanding mengulanginya banyak kali tetapi masih di takuk lama. Jangan dilepaskan peluang yang datang kerana masa yang berlalu tidak akan dapat diulang semula.
Ianya akan terus belalu tanpa berpaling ke belakang. Seumpama filem jangan pandang belakang, tetapi jangan pula marah bila ditegur. Sememangnya teguran kadang kala boleh melahirkan kesedaran diri agar terbimbinglah perjalanan hidup ini. Dan dari situ nanti, moga-moga akan bertemulah dengan destinasi hakiki...

~Terima kasih atas nasihat ikhlas ini. Alhamdullillah aye dapat lalui dengan tenang masa SPM tahun lepas. Dan aye selalu berdoa kepada ALLAh agar keputusan yang aye dan kawan-kawan dapat nanti akan membuatkan kami rasa berbaloi dan tersenyum lebar malah membanggakan ibu bapa kami. Sesungguhnya, sebagai budak yang baru belajar, kadang-kadang tu, aye ada rasa menyesal jugak la pasal banyak main masa sebelum periksa hari tu, tapi, Alhamdullillah..cepat juga aye tersedar yang aye ni dah nak SPM, jadi masa tu segala ulgkaji, terasa masuk dalam minda walaupun kadang-kadang rasa tension.
ok, abg bent, sekarang ni aye banyak ingatkan aye dan kwn2 aye juga, belajarlah daripada kesilapan. InsyaAllah, pada masa akan datang, kesilapan itulah yang akan mengajar kami cara-cara untuk terus memperbaiki diri. :-)



~May Allah Bless us~
cilipadi-hafizah

1 comment:

Abgbent said...

Aiikkk!
Ada pula entri untuk abg yer? ha'ahkan, kalau abg bleh buat entri utk adik, apa salahnya adik pula buat untuk abg. Memang ianya mengingatkan diri abg pula.

Nanti abg nak selak2 pula netri2 yg lain yer....

Kepedasan pena semakin terserlah, apatah lagi pena Al-Sunan yang diguna pasti terlihatlah merahnya :)