tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, February 26, 2010

Jaja & Din...lagi 1 Din..

ASsOlatu WasSalam

~Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’.

Haha...aye dah selamat mengkhatamkan novel ni. Erm, ini adalah buku oertama yang aye baca daripada Noor Suraya. Yeah! Buku pertama juga dari Jemari Seni. Ha..lepas ni boleh la follow up cite JS yang lain. Ini adalah buku hasil gaji pertama! Ahakz!

Permulaan cerita ni, aye belum dapat tangkap yang rupa-rupanya Jaja yang sedang sibuk bercerita. Ha..dah sampai Bb 1baru lah jelas yang rupa-rupanya Cik Jaja yang bercerita..ha..

Awal-awal cerita ni agak perlahan jugaklah nak temukan Jaja ngan Din..haie..tapi ku setia menanti..haha

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat  jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia dan mata anda tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?katakan: 

A. lupakan sahaja itu hanya logamaya  
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu  
C. kenal pasti siap dia, dan suruh ayah ibu meminang dia  
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

    kelakar dan sungguh mengusik betul soalan ni!! Kak Su yang dalam cerita ni agaknya yang bagi soalan cam ni..haha..
    Jaja telah memilih jawapan c!

    Jawapan yang adil dan rasional...tapi yang suruh ayah ibu meminang tu lah buat cerita ni sebenarnya Jaja sedang memberi panduan kepada wanita-wanita di luar sana! Ha..bagus panduan Jaja berikan..kepada akak-akak yang dah baca cerita ni, komen diorang pasal ni, mesti positif punya..ahakz!

    Jatuh cinta pandang pertama pada sekeping gambar?
    Itulah namanya Dari Mata turun ke hati..Jaja oi..

    Ikatan kekeluargaan dalam cerita ni cantik.
    5 sebab aye tertarik dengan novel ni:

    1. Ramai kawan-kawan aye syorkan aye baca buku ni..kerana hero dia macam Din yang  satu  lagi tu...hihi..Laksamana Sunan aka Saifuddin dalam Trilogi LS..arh angau betul..
    2. Ceritanya kelakar..romantik islamik la citer Jaja dan Din ni..
    3. Mesej yang disampaikan jelas. Aye memang suka cerita-cerita novel Islamik yang banyak ni selepas aye khtamkan Trilogi Laksamana Sunan-Ramlee Awang Murshid .
    4. Satu lagi yang bagus, cerita ni relevan. Cinta yang suci. Cinta jaja kepada Din, telah mengajar Jaja betapa selama ini Jaja leka dengan dunia. Din telah membawa Jaja kepada cinta Allah dan RasulNya.
    5. baca cerita ni...tak lepas daripada aye teringatkan cerita Din 1 lagi tu..(amboi..cilipadi nih!)..yelah..siapalah tak nak bertemankan seorang yang begitu mulia akhlaknya.

    1. Suka dengan cara Jaja bercerita satu-satu bijik dia bercerita. Samapi akhir0akhir cerita suasana terasa sedih pulak! Waa..asal masa Din je..aye tak rasa kelakar bila baca bahagian Din, tapi bila Jaja bercerita, rasa tak serius tu datang balik. Jaja memang orang yang polos dan selamba.. 
    2.  
    1.  Jaja memang tinggi keyakinan diri tul aye rasa bila dengan beraninya dia menyatakan hasratnya supaya Dr.Syam dan Dr. Haslinda meminang Din! Pecah perut tul ketawa!
    Boleh tabik spring ngan Jaja nih pasal dia dah tak sanggup nak memendam rasa lagi pada Din, lalu mengambil langkah bijak! Hehe..tak nak komen lagi pasal ni!

    Keseluruhan cerita ni agak memuaskan. Cuma ada beberapa yang kureng sikit. Pada aye la..pendapat aye iaitu

    ~ Kalau ada liputan berita semasa tentang kehilangan Din pada akhir cerita tu adalah lebih nampak macamana Din hilang. Mungkin kalau ada berita ke, Jaja telefon pihak berwajib ke..ia menunjukkan juga bahawa pihak negara mengambil tahu tentang rakyatnya yang dalam bahaya.

    ~ Agak tak sodap sikit pada m/s tigalapantujuh yang Din bagi nasihat pasal Jaja nak tgk Youtube tu..erm..bukan ape, agak lebih sangat ‘pujian’ tu..

    Erm..bila sudah mengkhatamkan cerita ni, aye rasa puas hati beli dengan duit gajiku sendiri!
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Barangsiapa jatuh hati,kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lalu mati, maka matinya itu adalah syahid.
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Masya-Allah. Ayat ni benar-benar menyentuh hatiku.. 'Kak Su! benarkah ini?'tanya hati Jaja..

    InsyaAllah, membaca novel-novel macam ni, akan memupuk keinsafan. Hanya hati yang menghayati dapat merasai betapa baiknya membaca buku-buku begini.

    Dari hati kecil ,
    ciliPADI





    4 comments:

    Anonymous said...

    cerita y menarik. tp ble dh dgr, rs mcm xmau bc. sbb dh d cerita td.huhu

    fzamazlan said...

    alah..bace r dlu..hehe..awat yg baca yang bawah tu..hehe...

    abu razeen said...

    freestyle novel paling best buat masa ni bagi saya, bab Din pergi berjihad tu kontra betul dengan sifat jaja menjadikan J&D amat menarik.. kontra antara dua watak utama dari segi sifat, perwatakan dsb amatlah membantu cerita ini. Penggunaan tempat dan watak adalah realistik. Minta Noor Suraya buat novel baru yang lain, bukan sequel J&D tapi konsep indie macam J&D

    AYIE said...

    cerita dia macam dah tau semua, tapi bile bace sampai habis, banyak yang unexpected. so tak rugi! kite ingat crite ni abis bile jaja dapat kawin dengan din, rupanya banyak lg crite susulan!