tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, February 11, 2011

siapa nak tilik nasib?

ASsOlatu WasSalam

Tilik nasib..seolah-olah mempertaruhkan hidup ke atas kata-kata yang sememangnya tak patut dipercayai.
Andai ku tahu…

Menonton cerita Doraemon masa kecil-kecil dulu, aye cukup suka bila kucing biru tu menyeluk poketnya dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam saku ajaibnya tu. Terutama sekali pintu suka hati.
Wah..dengan adanya pintu tu..cakap nak pergi mana sebelum buka pintu tu..tup..tup dah sampai pun..
wah..sungguh menyeronokkkan.! bertuah Nobita ada Doraemon kan..;P
Lagi best, dalam meja Nobita tu, ada laci ajaib. laci yang menempatkan mesin ke masa depan.
“Mama, boleh tak kita pergi tengok masa depan? Jom beli mesin tu…!
tengok..inilah penangan cerita-cerita Doraemon ni. Memang fantasi..
tapi, best..pengembaraan cerita ni memang  mengujakan..


Dengan mesin masa depan tu, kita boleh tengok siapa kita 10 tahun akan datang…kita boleh tengok siapa pasangan kita..wow!
ha..kita boleh mengubah sejarah! Atau kita menjadi sebahagian sejarah..maq aii…
paling best, kita boleh menghalang apa yang kita tak mahu terjadi..logik ke?
persoalan logic atau tidak..itulah namanya fiksyen..

Macamana agaknya ya, kalau kita semua tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita?
kita tahu segala gerak geri, masa dan tempat dan siapa yang akan terlibat dalam situasi yang kita dapat tahu tu..
bila kita dapat tahu apa yang akan terjadi, kita mesti nak halang benda tu berlaku atau bersedia untuk menghadapi keadaan tu?

contohnya, kita tahu yang ada orang nak menganiayai kita, kita dapat lihat sendiri apa yang akan berlaku itu . Bila, dimana, siapa yang terlibat setelah kita melihat sendiri  dalam sebuah kaca ajaib, mesin melihat masa depan dan seumpama dengannya.
Kejadian itu mungkin sesuatu yang ok, tapi mungkin tak memuaskan hati kita.
atau apabila kita melihatnya, kita akan terkejut dan menjerit seakan meronta-ronta mencari  jalan untuk mengubah segala keadaan yang BAKAL berlaku itu supaya tidak berlaku!
Tak terkecuali. kita pasti tahu, bila kita akan mati..
Pastinya kita  memikirkan macam-macam cara untuk menghalangnya daripada berlaku..

Mesti kita jadi orang yang sasau sebab kita sibuk memikirkan cara untuk menghalang sesuatu yang kita sendiri tahu benar-benar akan terjadi.
Sasau kan?

Bila kita tahu, ada orang yang akan dibunuh misalnya, kita pula yang separuh mati menghalang nya daripada berlaku.
Setiap gerak-geri bakal pembunuh tu, kita perhati..segala tindakannya sama seperti yang telah kita lihat.
Akhirnya itu semua terus berlaku dan berlaku…baru kita sedar yang kita juga sebahagian daripada situasi tersebut, malah menjadi penyebab kepada kejadian itu berlaku.!
Sadis dan sentap kan?
Mengetahui segala yang bakal terjadi.
.”Kalau lah aku tahu jadi macam ni…
“Kalaulah aku buat macam tu dulu..
“Kalaulah aku tak pergi ke..
“Kalaulah aku tak jumpa dia..
dan segala macam kalau..!
~inilah kata-kata orang yang suka menyalahkan takdir..
kalau kita tahu segala yang bakal terjadi, kita pasti tak menyerahkan diri kepada Allah…kita pasti lupa kepada ketentuanNYA.
Tentu sahaja hilang rasa kesyukuran kita.
Dalam firman Allah ~
tidak ada yang dapat mengubah takdir kecuali doa..
(tak ingat surah apa)
Peh…benda ni aye mula terfikir sejak  menonton cerita Merlin, episode lepas~ crystal Cave.

 

Merlin knows everything by look at the crystal in the cave. Merlin knows when and how one big murder will happen. He knows that Morgana will do the tragic murderer to her own father, Uther. King of Camelot. He doesn’t want that to be happen. He did anything that can stop the scenes to be happen.
He follows Morgana everytime and hope that he can do something to stop the murderer.
 He thought that he can change the situation. But, he’s absolutely wrong.
Nothing can change the destiny. He must face it.

Pascaskrip: Walau apa pun keadaan, terimalah ketentuan dan takdir Tuhan..kerna disitu
 terletak hikmah disebaliknya…
sentiasalah berdoa kepada Allah...;)




3 comments:

Shukri Mohd Ali said...

terimalah takdir pertemuan dan perpisahan. hehehe... =P

C I K . F Y Z A said...

semua yang berlaku ada hikmah yang terlalu manis utk digambarkan

saudari terpilih untuk menyertai 'CONTEST 50 FOLLOWERS CIK FYZA'
sila lah join kalau sudi ye?

Amay Hamidi said...

Dapatkan buku saya yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' di pasaran.. Buku ini telah diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd pada Mei 2011.. Pelaburan anda cuma RM 19.90 sahaja!

Jangan lupa copy dan paste URL di bawah ini untuk LIKE LIKE LIKE page FB buku motivasi 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' sekarang!

http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi