tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, November 18, 2010

Cerita KREATIF : Blogger Kering Idea ?


Hai! Kawan-kawan! kiter berjumpa lagi yek! walaupun kiter tak pernah berjumpe, tapi, jangan risau, adek akan kata korang geng-geng adek. ha...sume orang kawan adek..adek cakap macam ni sebab...adek ni budak kecik baru lahir sebagai blogger. kalau salah mesti ada orang tunjukkan..
macam lagu pantun tu...korang ingat tak?

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
adek ni budak baru belajar,
kalau salah..tolong tunjukkan..

meh sini nak cerita...ni pasal pakcik BA iaitu cikgu adek, suh buat karangan..hehe..
nak cerita nie..satu hari tu..adek dah takmo dah tengok benda kecik niyh!

image
haie...5 jam 5 minit..adek termenungggg je depan lappy nih..memang tak taw nak tulih ape..mamaaa!

selepas 6 jam kan..tiba-tiba...adek terjumpa sorang kawan nih..
adek tanya dia..kenapa lar dia dok menyelitkan diri dalam burger tuh...!
takde keje lain ke...
nak tau dia cakap ape?

image

dia cakap..."awak..kiter cari idea lar..kiter nak cakap yang kiter nak makan burger...tapi,kiter tak tahu macamane nak bagitahu mama kiter ..mama kiter tak tahu kiter nak makan burger...ha..sebab tu kiter jadi burger kejap, ha..nanti mama kiter mesti bagi kiter makan burger..baru dia tahu ape yang kiter nak..kan..kan.."


 woaaaa! adek cume diam jew dengar dia cakap...pandai nyer dia!
 
tapi kan..masa adek tengah makan nestum...ha...! adek dah ade idea! he he he...
 "mama...!...ala mama tak dengar! em...
adek nampak macam ada satu benda...ha...tembikai!
nak..nak! tapi..tu dalam hati adek jew....diorang tak tahu yang adek nak tembikai tu...
em..meh sini..adek pun..terus gi kat mama..dan! gigit tembikai... 

 nyum..nyum...ala! tapi ni...tak cedap! ni rasa cam kain...waaaaa!
takde idea...nak buat cemana lagi ni..em!
image


aiiii...bosannyer! maka..adek pun berjalan dan berjalan....yeah..jumpa gitar..! nak nyanyi lagu Mawi larh..
 
imageyagu cinta..oh jiwang..bla..bla..

em..saket tekak adek taw...oh..bosannyer tengok bloggy ni taw...
adek pon keluar ikut mama ayah jalan-jalan....


em...tak tahu lah nak beli ape....aiii...  tak tahu nak buat apeee....waaaaa!
 ha....tengah adek jalan-jalan kan...adek pon secara kebetulan..jumpa...siape ye?
yeah..itu dia..kawanku baby Burger!

"haiii!"adek jadi frendly...
 "yeah...saye kenal awak!"kata baby Burger
jemput singgah tapak umah kiter...kiter nak bagi jemput-jemput nanti...
ha..

image
pertemuan dua budak kicik ...apakah mungkin ader idea?..hihi
image
.
hihihi...lepas adek pegi umah kawan adek incik Burger tu...adek ader idea..hihi...tapi, sebelum tu..siyes adek takde idea...
idea aper tuuu...raciye.....hihihi
pstt..kite-kite je taw..:-P

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha 1431 H-"Kami sedia dikorbankan kerana Allah"- Persatuan Binatang Korban

Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi 

Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.
Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )
Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram
Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang  Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.

Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang  dan  peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang  dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.
Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah  besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .
Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat  menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

iluvislam.com

dah agak lama aye tak baca secara mendalam buku Sirah nabi2 yang masa darjah khas aye belajar...tengah blogwalking...jumpa balik, sirah-sirah ni..so, sempena raya korban esok..mariah kita berkorban juga dalam mencari redha ILAHI...

barang-barang nak masak rendang dah ready...till next entry..

Saket mataku..!

apesal la boleh ter view pulak la video nih..
tadi baru baca entri pak cik BA yang semalam. 
kecoh video ni kat FB..
tak ingin aye nak abiskan tengok, terus tutup je FB tuh..
memacam la komen diorang..hish..
memang malu je rasa...paling hina..diorang yang buat tuh tak tahu malu..

ramai yang kata, mende2 macam ni biasa terutama..paham2 je la..kat bandar2 besar..
apa punca terjadi nya semua ni? nak salahkan apa ye?
media? atau kecanggihan teknologi yang makin lama makin canggih ni?
tah lah..
sebagai remaja penerus kepimpinan negara.,
ini memang mengancam modal insan..
lagi..hal-hal macam ni memang buat aye takoot..
wanaazubillah..
ramai yang sebaya dan satu garis ngan aye..
menganggap benda ni biasa, dan..memang mudah terjebak..

ape? nak bangga ke ngan pakwe makwe korang uh?
pasal pe korang nak bangga sangat nak tunjuk2?
korang dah kahwin ke, suke2 nak wat macam tuh?
butanya mata mereka..

sesape nak buka, sila pastikan anda not under age..18 dan ke atas!..
sediakan baldi juge..
video ni kat blog BA 

urh..Ya Allah..entah ape la nak jawab kalau kawan kita macam Lim ngan Muthusamy tanya, "boleh ke orang Melayu Islam buat macam tue?"
kena jawab dengan bijak..jangan terlebih sudah..
 
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (QS- Al Israa - 32)

think about it before you cannot think about it forever anymore..



 

Kucing aku ader 9 nyawa?

yok..kita tambahkanlah lagi rasa di hati..kita isi dengan rasa pengorbanan. lebih-lebih lagi esok hari raya aidiladha..suatu hari yang penuh pengorbanan.
yep. bila aye selidik dan selidik..Kiki...ko ader 9 nyawa ke? 
9 nyawa? awatnya? tak de..Cik Kiki ni dah banyak kali jatuh dari kabinet umah aye.  lepas jatuh jek, dia buat muka..huhu..kucing niyh kan..buat muka kesian. lepas dah landing kat lantai uh, Kiki diam kejap. ingatkan kucing ni kenapa...alih-alih..dia dok mengacah aye...! berlari-lari ag..ekor dah lah pendek! aduh..tahan lasak kucingku ini..

bercakap pasal 9 nyawa..memang ya..enggak bisa lupa..eps! herm..
aye baru mengkhatamkan novel 9 nyawa nih..aye dah mula baca novel ni..sebelum pekse lagi..mula-mula terasa mengantuk dan rasa malas nak baca..tapi..
bila dah klimaks..memang tak leh tahan!
huhu..nampaknye, ku telah mengambil ringan terhadap kemampuan novel niy!


cerita nyer..pasal pe aye leh sangkut dengan kebanyakan novel Ramlee Awang Murshid niy?
salah satu sebabnya..adalah personaliti watak..
watak utama dalam kisah ni ialah Hakim. si buta mata. tapi celik mata hati..'
mulanya, aye rasa tak mau nak baca dulu..sebab, cerita nye..aye rasa macam dah boleh agak apa yang jadi..
tapi..benar kata orang-orang ye..jangan kau samakan kulit buku dengan isinya!
em..kalau omputeh kata...'don't ever judge a book by its cover'..
terkena lagi..
dan tahniah la ye buat pak cik RAM sebab entah kali yang ke berapa berjaya wat aye menangis..sob..sob..
memang aye tengok kiri kanan sebelum baca part yang rasa macam sedih jek..

dalam semua karya RAM..memang takkan terlepas daripada bait-bait ayat-ayat suci Alquran dan hadis..paling nak suka tu..kata-kata yang ada..bunyi nye macam kata-kata hikmah..memang dasar penulis..


' mata hati tidak pernah berdusta'
walauuu pun..yang paling da boom ialah yang trilogi2 beliau..tapi, acuan pak cik RAM memang buat aye 'bising' setiap kali mengabiskan helaian2 novel dia..
ok..baca luahan hati pak cik Ramlee awang Murshid yang entah bila dapat aye jumpe niyh..hem


Oleh Ramlee Awang Murshid


Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya…pada akhirnya nanti…hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta…Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa…kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari…anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah…novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun…saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun…9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. 

Percayalah…kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah…’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. 

Salam hormat…insya-ALLAH…jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Banjir..banjir...!

Agensi, pasukan penyelamat siap sedia hadapi gelombang kedua banjir: Muhyiddin


2010/11/16

PAGOH: Semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pasukan penyelamat sudah bersedia menghadapi gelombang kedua banjir besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian di sini, sebentar tadi

Monday, November 15, 2010

telah ku temui sesuatu dalam lorong gelap...

Salam,...
ada dua hari lagi nak tiba Hari Raya Aidiladha..
ibadat besar akan dilaksakan lagi..
uh..sekarang tengah layan cerita Schemes of a Beauty..alamak..cerita ni gempak sangat.
 ok. nanti cerita.

setelah apa yang aye alami 2 minggu lepas bila terperangkap dalam banjir..
banyak hikmah aye fikir. ..macam-macam jadi...
bak kata orang..hem macam sudah jatuh ditimpa tangga..dipatuk ayam..(tu kata along !hihi)..
em..bukan macam tu yang aye rasakan..tapi..
rasanya macam...ibaratnya jumpa sesuatu dalam lorong gelap..
ha..

~~Alhamdulillah~~

by Nurul Izza Ishak

Kita akan hilang kebahagiaan jika kita mula membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. setiap TAKDIR adalah UJIAN, berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari HIKMAH pada setiap kejadian. usah ditanya “MENGAPA” kerana jawapannya telah ada.. cuma masanya belum tiba. Pohonlah pada Allah diberi KEKUATAN bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak membebankan hambaNYA dengan ujian yang tak mampu ditangunggnya...kerana apa? kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya.. Ucaplah ALHAMDULILLAH atas segala kurniaan ALLAH.


















cilipadi_hafizah~~segmen pakcik BA memang membantu untuk menyebar blog aye. Ape-apae pun aye akan terus berusaha to do the best. ...chayook! 
-kawan facebook

hanya Tuhan yang tahu...

Salam..semua.
Kali ni nak kongsi satu artikel best. cukup sedap untuk dihadamkan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi yang fana ni. Supaya kita tidak mudah kenyang dan senang lenang sekaligus terpedaya dek permainan dunia. kerana yang kekal..di akhirat sana..ye kan? :-)
Seriously,..sejak aye terjebak dengan karya RAM. iaitu..Bagaikan Puteri ..aye dah mula banyak memikirkan indahnya tentang hikmah dan kasihnya Allah...


oleh kerana itu...


Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


~Islam is our way of life...^_^..
insyaAllah..



JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

salam..
blog-blogger dah menjadi ibarat separuh daripada aktiviti memperkembangkan minda dalam seharian hidup aye. Bermula 2 bulan kebelakangan nih . yep lar..dah lama aye mendirikan blog ni. dan baru sekarang, semangat nak terus blogging ni makin memuncak. 

One of the reason, ..aye banyak gak mendapat push up from family..dan yang bagus sebab terjumpa blog kat atas niy. :-) blog otai kitaa...
bebelan pakcik BA mengenai blog  memang berguna untuk blogger baru yang baru nak bertapak macam aye ni..ha..
jadi..boleh je, sambil berblog dengan santai, nak juga berkenal-kenalan dengan blogger-blogger yang seangkatan dengan aye..yang otai-otai..em..alangkah luehnyerr..dunia maya ni yek..macam-macam yang boleh kita dapat. tapi..awas! cewahh..hehe..pepandai la nak idup dengan baik kan..
nak join lah...yeah. me kacih la kat beliau..kalau ada rezeki, terpacak la blog aye kat blog beliau..kalau tak, takpe..ku teruskan jua masuk segmen beliau akan datang..ek..hihihi..^_^
ha..sesape yang nak ikut segmen ni...rajin-rajin lah singgah ke blog benashaari ni
last but not least, salam perkenalan cik cilipadi hulurkan..! :-)



Saturday, November 13, 2010

Once upon a time in China....baru ku tahu....

Salam..

bila dapat tahu tentang ni, rasa cam terharu pun ada jugak..dan hujan pun turun..renyai-renyai kat luar tu..

Perh..takde kata lain melainkan nak kata Subhanallah...hidayah memang milik Allah.. tak sangka la, disebalik ni semua..seriously,

rupa-rupanya...dia juga Saudara kita..

aye nak kongsi artikel ni, thanks kepada aburazeen. 

 >>>>>>>>>>>>

WONG FEI HONG 

pra: saya ada seorang kawan dia ni minat bela diri sejak dari filem jaka sembung, saur sepuh sampai la ke wong fei hung, kalau kawan-kawan perasan dia pakai nama pendekar semasa jadi moderator al-ahkam siber fiqh anda dan sekarang pakai nick name cindai pelangi... ok nick dia ajer dah menunjukkan dia ni memang kaki beladiri tegar, saya pun turut terpengaruh juga sebab dia... kitaorang join lian atau buah pukul mersing.. sampai menjejak arwah pak mat kedidi di pantai penyabong. Alhamdulillah minat yang sama ini berjaya mengeratkan ukhuwwah saya dan beberapa azhari lain macam si abot (pensyarah UIA), akeng (JAKIM attached JKM) dan si pendekat sendiri (pendakwah bebas dulu sempat jadi setpol yb kat penang kejab). Kami sama-sama minat tengok siri once upon a time in china yang ntah sampai ke berapa tak tau dah lani. sampai ke mesir. dari situ kami kenal wong fei hong, sampai saat ni baru tahu sebenarnya wong fei hong tu seorang Islam... Allahuakbar, cuma saya berharap dalam penghapusan etnik uighur oleh komunis di china sekarang, akan dipeliharalah oleh ALLAH anak-cucu sahabat atau anak cucu wong fei hong yang Islam untuk menegakkan Islam melalui amal bakti atau palingk urang pun etika Islami dalam seni mempertahankan diri.



by Lanang Jagat on Friday, November 12, 2010 at 3:50pm
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung atau Faisal Hussein Wong adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berusaha mengaburkan jatidiri/identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). (Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).


Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulanjuga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapundan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada hambaNYA selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM






_______________________________________________________________________________



WONG FEI HUNG @ FAISAL HUSSEIN WONG
 
Subhanallah...tak sangka kan rupanya disebalik kehebatan beliau itu...Wong Fei Hong yang memang kita kenal melalui filem Once Upon a Time in China tu..seorang yang beragama Islam...subhanallah.
.aye  minat amat tengok cerita ni, memang best...
sesungguhnya Allah tu Maha Kuasa terhadap segala ciptaanNya..
Sebenarnya..memang lama dah aye suka tengok cerita cina...tv3 la ni, rajin tayangkan cerita ni..huhu,..dah berkali-kali dah tengok si Jet Li ni yang membawa watak Fei Hong..

sebelum ni, kalau tak silap..Jackie Chan pun ada berlakon juga untuk jadi Fei Hong..


Intipati nye sekarang..cuma nak cakap betapa terharu dan agak beruntung kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Itu lah ayat yang memujuk mama aye pesan..
betapa kita mesti sedar inilah anugerah ALLAH tak ternilai oleh kita..


aye pi tengok kat wikipedia tentang wong fei hung ni..
yang english, tak menyatakan tentang agama beliau. tapi yang terjemahan dalam Indonesia pulak, ada menyatakan yang hal sebenar.

"woo..meh sini aku kung fu kan ko.."(dialog kalau main 'police entry'..iaitu lepaih tgk cite ni masa kecik-kecik dulu..hihi..) 


tengoklah dengan mata hati..:-)





---- Kau sentiasa menyeruku....

Salam, semua...
tersentuh baca artikel ni. Biasa ah..memang mudah tersentuh..
sebenarnya, dalam hati aye..tertanya-tanya..apakah yang dimaksudkan 'belum sampai seru'?
ini ayat yang klise la kalau orang nak bagi alasan..
apa-apa pun, aye nak share artikel ni >>>

Kenapa Aku Bertudung?

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.

Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

Biodata Penulis

Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah! - www.iluvislam.com


p/s: Semoga ramai lagi diberikan petunjuk macam beliau..tapi, kita juga harus berusaha untuk ke arah kebaikan..


Friday, November 12, 2010

Kerdip-kerdip ku sangka semut..rupenyer.

Dari jauh macam semut...
bila dekat..rupa-rupanya..

Fireworks are displayed during the opening ceremony of the 16th Asian Games at the Haixinsha Island in Guangzhou, China, Nov. 12, 2010. (Xinhua/Guo Yong)



awesome! persembahan yang mengagumkan.
peh..memang cantik woo...mula-mula aye tengok..ada macam burung terbang..
tapi...rupe-rupenye...orang!
memang cun. persembahan macam ni pun, dah nampak hebatnya masa Sukan Olimpik Beijing 08.08.08.




 
The float representing China makes parade along the Zhujiang(Pearl) River during the opening ceremony of the 16th Asian Games in Guangzhou, south China's Guangdong Province, Nov. 12, 2010. The 16th Asian Games would be opened here on Friday night. (Xinhua/Jiang Kehong)




Dengan suara Datuk Hasbullah Awang nye yang memeriahkan siaran langsung tu kat tv 1, memang mulut aye agak bising gak ar,..mana tak nye..reformasi dia memang lagak ngeri. Tapi, memang tak menghairankan, sebab China memang terkenal dengan sukan gimnastik ni..


PEMAIN badminton negara, Koo Kien Keat diberi tugas membawa Jalur Gemilang mengetuai 145 atlet dan pegawai kontinjen Malaysia pada majlis persasmian Sukan Asia XVI di Guangzhou. 12 Nov. 2010. - AP

Ya..ini dia kontinjen Malaysia...membawa harapan Malaysia. Sebelumtu aye tukar siaran..gi tengok Ahmad Durrah dulu..huhu..
Tapi, nape tak pakai baju macam masa kat Beijing yang Olimpik tu ek..kan cun..oren gitu...
apa-apa pun..kita nantikan apa yang bakal mereka usahakan..dan hasilnya..
Malaysia Boleh!
p/s: huhu..minum milo sambil tengok tv7 la nie...






Sukan Asia XVI..Malaysia Boleh!

Sukan Asia XVI dirasmikan, atlet negara intai pingat pertama esok

12/11/2010 9:46pm


PEMAIN badminton negara, Koo Kien Keat diberi tugas membawa Jalur Gemilang mengetuai 145 atlet dan pegawai kontinjen Malaysia pada majlis persasmian Sukan Asia XVI di Guangzhou. 12 Nov. 2010. - AP


GUANGZHOU, China 12 Nov. - China melancarkan Temasya Sukan Asia XVI di bandar ini dengan flotilla bot yang bercahaya sambil membawa 45 pasukan sepanjang Pearl River sebentar tadi.
Setiap bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu neon dengan ikon nasional setiap pasukan bersaing diarak sepanjang sungai berkenaan sambil disaksikan oleh 34,000 pegawai dan pengunjung di bandar Pulau Haixinsha itu.
Malaysia akan membuka tirai dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat esok.
Renang, basikal trek, menembak dan wushu menjadi taruhan hari pertama kontinjen seramai 333 atlet dan 144 pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.
Pun begitu, wushu dan basikal trek wanita menjadi tumpuan esok dengan harapan dapat menyumbang pingat pertama negara tanpa mengira apa warnanya sekalipun. - Utusan

Tuesday, November 09, 2010

andai aku mampu berenang di lautan ini..

Dari hujung semenanjung membawa ke selatan..
dari pagi membawa ke malam..
hujan turun mengiringi  buat 2 malam tanpa henti..


dan kini..selamat akhirnya aye sekeluarga menamatkan pengembaraan ke utara tu!
 berenang? memang kalau boleh nak berenang je meredah banjir!
mana tak nya...jalan segala jalan sudah pun dinaiki air!bayangkan..
peh..


UUM terpaksa menangguhkan konvokesyen nya.
yep. itulah yang diputuskan sudah oleh Pentadbiran UUM.


aye banyak berfikir tentang segala yang dirancang dan segala apa yang terjadi memang lain.
 apa yang diharapkan, rupa-rupanya bukan terbaik seperti yang disangka.
perh..inilah namanya kita hanya mampu merancang...tapi segalanya ketentuan Allah jua akhirnya.


Subhanallah. aye ni, tinggal kat selatan semenanjung, yang mana kawasan aye ni, tak pernah dilanda banjir. Paling tepat lagi, tak pernah banjir lah rumah aye.
Tup..tup pegi pulak ke Utara...ha..kau! Rasain...banjir sudah..
maka...kiranya, aye sekeluarga ni mangsa banjir la yek?


herm..panjang ceritanyer..:-)



Monday, November 08, 2010

Banjir: Konvo UUM ditangguh

Banjir: Konvo UUM ditangguh

ALOR SETAR 2 Nov. – Buat kali pertamanya konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa ditangguhkan berikutan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini termasuk Kubang Pasu dekat sini.
Penangguhan Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu melibatkan 1,373 graduan penerima ijazah dalam sidang kedua bagi sesi kelima dan keenam iaitu sesi terakhir konvokesyen yang bermula 31 Oktober lalu.
Daripada jumlah itu, 831 graduan dari Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) manakala 542 graduan pula pelajar Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS).
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penangguhan itu mengambil kira beberapa faktor termasuk keselamatan disebabkan keadaan banjir di kawasan universiti berkenaan.
Ini kerana, menurut beliau, jalan utama menghubungkan UUM dengan bandar ini membabitkan Lebuh Raya Utara Selatan ditutup kepada semua kenderaan disebabkan banjir akibat hujan lebat, sejak dua hari lalu.
Selain itu, jelas beliau, beberapa laluan alternatif juga didapati amat membahayakan pengguna jalan raya.
“Keputusan ini juga dibuat kerana kebanyakan kakitangan bertugas sempena konvokesyen turut terjejas akibat banjir, sama ada melibatkan rumah mereka yang dinaiki air atau mereka terperangkap dalam banjir kerana jalan menghubungkan UUM ke kediaman mereka terputus,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tuesday, November 02, 2010

aye cuti skola..dapat masuk universiti!

Alhamdullillah..berjaya juga sampai ke tahap ini..
meredah perjalanan yang panjang..
dari malam membawa ke pagi..
dari berdiri, duduk, dan bangun kembali..
meskpun lama menanti..
akhirnya sampai jua ke destinasi..
UUM..here i come!

ha..meskipun terpaksa meredah banjir yang belum berapa dalam lagi..
nasib baik juga masuk ke dalam u awal2..
kalau tak maunyer naik bot penyelamat nak masuk kat dalam ni..

dari selatan ke utara..
sekarang ni kat utara, aye satu keluarga dalam zon hujan lebat yang dah menyimbah bumi selama 2 hari..dan kini masih tak henti-henti..

Dan dapat tahu plak, berita mengatakan hujan ni akan berterusan sehingga ke hari Rabu..
konvo kakakku..harap-harap dapatlah berjalan lancar..
'herm..nak buat camne kan..hujan dah nak turun..
redah je la..

hujan ni dijangka akan turun ke selatan pulak nanti..
dan apabila balik ke selatan, hujan kat sana pula..
tak dapek la ese jalan-jalan..ha..

takpe la..asal dapat tengok along konvo esok..alhamdullillah..
niat nak jalan jalan kenalah dikurengkan sikit.udah lah jalan kat sekitar Kedah ni abis terpaksa ditutup..

Sabar saje la...lagipun hujan turun, jerebu terus hilang..
kalau tak, minggu sebelum ni, abih masa aye pegi ekplorasi kat kota tinggi tu, kenalah pakai mask...

sekarang ni, menunggu haru esok mentari muncul lagi..insyaAllah..
langit tak selalunya cerah kan..mungkin lepas lebatnya hujan, muncul pula pelangi untuk memberitau..hari pasti akan cerah..
yeah..keep thinking positive..:-)

memandangkan kat sini takde tv, aye jadi syok pula layan tengok citer The Four iaitu cite kung fu..hahaha..sampai episod terakhir..maq ai..memang best..dah tu, duduk kat hostel, kena lah ikut gaya pelajar kampus..
merasa lah aye duk kat universiti..peh..membakar semangat nih nak belajar di universiti lepas STPM nanti..hehe..insyaAllah!

cilipadi: katak pun tak abis abis dok memanggil-manggil ujan..