tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Monday, November 08, 2010

Banjir: Konvo UUM ditangguh

Banjir: Konvo UUM ditangguh

ALOR SETAR 2 Nov. – Buat kali pertamanya konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa ditangguhkan berikutan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini termasuk Kubang Pasu dekat sini.
Penangguhan Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu melibatkan 1,373 graduan penerima ijazah dalam sidang kedua bagi sesi kelima dan keenam iaitu sesi terakhir konvokesyen yang bermula 31 Oktober lalu.
Daripada jumlah itu, 831 graduan dari Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) manakala 542 graduan pula pelajar Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS).
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penangguhan itu mengambil kira beberapa faktor termasuk keselamatan disebabkan keadaan banjir di kawasan universiti berkenaan.
Ini kerana, menurut beliau, jalan utama menghubungkan UUM dengan bandar ini membabitkan Lebuh Raya Utara Selatan ditutup kepada semua kenderaan disebabkan banjir akibat hujan lebat, sejak dua hari lalu.
Selain itu, jelas beliau, beberapa laluan alternatif juga didapati amat membahayakan pengguna jalan raya.
“Keputusan ini juga dibuat kerana kebanyakan kakitangan bertugas sempena konvokesyen turut terjejas akibat banjir, sama ada melibatkan rumah mereka yang dinaiki air atau mereka terperangkap dalam banjir kerana jalan menghubungkan UUM ke kediaman mereka terputus,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

No comments: