tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Monday, November 22, 2010

Tombiruo dan Semangat Hutan yang menyengat..

Salam..semua!




Aye dah abis baca Tombiruo Terakhir  lama dah. Perasaannya masih ku rasakan kini. Apa yang ku rasakan?..sebelum tu..aye berterima kasih sesangat kepada Alaf21. Hadiah tu...hehe..
3 mata ni..kepunyaan Tombiruo...

Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid..buku pertama beliau ngan Alaf21. Erm...yang ni memang tak menghampakan. Tombiruo ni, bagi aye adalah mukadimah untuk musim seterusnya.
Walau di mana pun manusia tu berada..di dalam gua, bawah tanah, dala hutan tebal, cahaya--NUR Allah..sentiasa menuju...takkan mudah dibiaskan. Ramlee Awang Murshid, penulis ni satu yang aye suka. Tak lepas mengaitkan ujian yang disuratkan kepada watak2nya semuanya dalah atas ujian ALLAH. Thriller Islamik..

Mulanya bila tengok muka depan..memang tak rasa nak baca..tapi, bila dah selak ke m/s 30..korang tak mudah untuk berhenti.
Semangat Hutan. Bunyinye macam seram. Susah nak selongkar rahsia dalam cerita ni kalau korang belum baca lagi. Semanagat Hutan memang buat aye ketawa sorang-sorang ditengah malam kelam. (baca novel ssengsorang samapi pagi beralunkan lagu di MP3ku..)
Kalau orang tengok..perh..memang perasan tul aye ni.


Lepas je SPM..ku kembali menggenggam 2 buah hadiah novel yang membekalkan sebuah cerita yang mulanya aye tak pandang. Ha! Bila dah baca..macam ada ubat bius suruh baca dan tak boleh berhenti..( bestnyer kalau aye menulis..cerita cam nih!)


Baiklah semangat Hutan..erm. Yang ni lebih adventure berbanding yang sebelum ni.

Watak Ejim sebagai Tombiruo yang sebelum ni kita tahu merupakan kembar Amirrudin. (kembar tapi tak serupa). Ejim sekarang atas bimbingan Amirrudin telah menjadi seorang Muslim sejati. Perh...memang terkedu aye tatkala Ejim berbicara-aku menerima segala kekuranganku yang berwajah hodoh ni sebagai ujianMu Ya Allah.

Ye..cerita ni berpaksikan kebenaran. Kebenaran yang berlaku dalam dunia. Meskipun dia hidup dalam hutan yang serba-serbi tertutup dan tebal ni, tapi, Ejim tetap mendapat hidayah daripada Allah ­berkat usaha Amirudiin, adik kembar Ejim.

Tema bagi cerita ni..aye dapat ungkapkan ialah:
Ciptaan Allah adalah paling indah dan unik. Manusi tidak berhak menghinanya.

Plot
Plotnya memang macam naik bukit dan turun bukit. Iaitu mengikut kronologi

Apa yang aye suka dengan novel ni?
1-      Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya.
2-      Ketulusan hati Ejim terserlah tatkala dia diuji dengan kehadiran semula Wan Suraya yang tersesat dalam hutan bersama kawan-kawan yang lain. Walaupun  kebaikannya disalah ertikan.
3-      Kesusahan yang dialami pasti akan ada hikmah selepasnya.
4-      Kalau kita fikir kita ni dalam kesusahan, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita
5-      Setiap manusia, jika mereka fikir mereka sentisa rasa istimewa, namun disebalik keistimewaanya itu terselit kelemahan. Dan begitulah sebaliknya.
6-      Perasaan cinta kepada alam sekitar. Rasa cinta Ejim kepada alam sekitar semakin menebal selepas dia memeluk Islam.
7-      Ilmu yang diberikan Allah ibaratnya adalah setitis air di lautan. Maka, manusia harus berusaha untuk mendapatkannya.
8-      Jangan sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Sepertimana Amiruddin dengan rela hati mengajar dan berkongsi ilmu yang dia ada dengan mengajar abangnya, Ejim mengenal huruf-huruf Al-Quran, malah turut memberi nasihat bersandarkan Al-quran dan Sunnah sehingga dimana-mana Ejim pergi, dia sentiasa mengingatinya.

Aye suka nak memetik satu potongan ayat Al-Quran iaitu daripada surah Al-Hujarat ayat13:
Maksudnya:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal“.


  Peh..
paling menyengat..ada pulak..lagu feberet ku..Srikandi Cintaku..siap ada lirik lagi dalam novel Semangat Hutan..mak aii..gua nak nanges..



daripada 10..9 aye bagi! :-)

No comments: