tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, January 11, 2011

Novel Interlok tiada elemen rasis - Soi Lek

11/01/2011 8:38pm


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan novel Interlok, karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, tidak mempunyai elemen rasis sebagaimana didakwa pihak tertentu.

Sebaliknya beliau berkata, novel itu penuh dengan elemen harmoni yang bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini berdasarkan kisah penceritaan yang berlaku pada tahun 1910, iaitu pada zaman kolonial.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang ingin meraih kepentingan peribadi dengan mempolitikkan novel tersebut supaya membacanya secara perspektif dan rasional kerana ia menceritakan aspek sejarah.
“MCA sudah meneliti novel ini dan kami berpandangan ia sebuah novel yang memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan tiada langsung elemen rasis seperti didakwa pihak-pihak tertentu.
“Ia menceritakan kisah pada tahun 1910, istilah yang digunakan adalah cerminan pada zaman itu. Janganlah dipolitikkan, baca dengan penuh perspektif dan rasional,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula tahun ini.
Sabtu lalu kira-kira 100 masyarakat India membakar novel itu dan salinan gambar Abdullah di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor kerana mendakwa Interlok mempunyai unsur menghina kaum berkenaan.

Kepada soalan provokatif oleh seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, apakah beliau akan berpendirian sama jika novel itu ‘menghina’ kaum Tionghua, Soi Lek sambil menempelak berkata, Interlok turut memaparkan kisah orang Cina.

“Novel ini bukan hanya menceritakan kisah orang India, penulisnya turut memaparkan kisah masyarakat Cina dan Melayu, jangan timbulkan isu...Sudahkah anda baca novel ini,” soalnya sebelum wartawan itu mengakui belum membacanya. - Utusan

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

lain kali baca habis dulu baru la merusuh...nilai positif dalam novel ni sangat tinggi...yang mereka kata negatif tu, tu kan memang terkandung dalam sejarah? sepatutnya ambil iktibar bukan bakar.

sang ratu dah baca ke interlok? ;)

rajin update blog tengah malam ye...

mknace unlimited said...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

fzamazlan said...

tahu takpe..diorang yang merusuh tu (lebih kepada mainan politik)

aye blum baca lagi novel Interlok tu..tak tahu nak dapatkan di mana..hehe..

tapi, aye yakin lah, dah 40 tahun buku tu dterbitkan, takde siap pun yang bising..
alih-alih, tahun ni, ada pula yang buat kecoh..

lagi kejam, siap bakar gambar sasterawan Abdullah Hussain tu..

sungguh besar cabaran penulis ni...semoga kembali pulih semula keadaan ni..:)

p/s: aye nak update selalu, nak kongsi idea, takut hilang dari ingatan..hehe..

Anonymous said...

biasalah...politik kat Malaysia ni....
Dah tak tahu dah mane nilai politik kat malaysia ni....'Rusuhan'..mcm pilihan utama....nilah nilai minda kelas ketiga rakyat Malaysia...yg dapat ubah pemikiran kita adalah diri kita sendiri....

apdm said...

salam

jangan nilai isi dari kulit :D